Last year, on 14 syaaban..at 2.15pm, I had deliver a imazing, cute baby boy..at specialist hospital in Bukit Mertajam. And today, genap la 1 years my son.(mengikut calendar islam). Hopefully, Allah memelihara kesihatan anakku ini..dan sentiasa dlm keadaan sehat hendaknye. Moga Adam mejadi anak yang soleh, anak yang bijak, hormat orang tua dan berjaya dlm hidup ini...Amin. I Love u sayang~Muhammad Adam Hafiey.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan malam ini juga adalah malam nisfu syaaban( sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H).. SO ni ada sedikit info saya ingin share mengenai kelebihan malam nisfu syaaban..dan tidak lama lagi ramadhan pun menjelma..
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan
ii) Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (hari Selasa 27 July)
Moga kita semua di berkati Allah...
thanks for the reminder atid...bagus tu saling ingat mengingatkan...
ReplyDeletehehe..okes..btul2..sharing is caring :)
ReplyDelete