Monday, August 16, 2010

New good info for breastfeed mummy

Td saje-saje view blog2 yg ada and tiba2 dapat baca satu post yg sgt berguna buat saya sekarang...bila anak mula menggigit.. http://ezurin.blogspot.com/2010/08/bila-anak-mula-mengigit.html



memang adam sekrang ni kuat meng 'test' gigi2 nye yg tajam itu. selalu nye dia akan menggigit bila awal2 penyusuan and waktu siang. ada sekali tu adam saje2 gigit sebab dia ingat saya bergurau dgn nye sebab saya menjerit..aduhai adam..adam. end up sekrang ni..no breastfeed di siang hari. saya hanya memberi susu badan pada adam di mlm hari sahaja sebab masa tu adam memang inginkan sgt susu utk tido. and dia tidak akan menggigit..hehe..ni sedikit info yg saya dapat dari blog ezurin..which is perlu sy praktikan..:

"Mengenai masalah bayi mula menggigit terdapat pelbagai sebab mengapa bayi suka menggigit puting ibunya":

1.Terdapat sesetengah bayi yang menggigit apabila dia telah terlena semasa penyusuan dan apabila tersentak atau terkejut secara tiba-tiba dia akan menggigit puting ibunya. Ini berlaku tanpa dia sendiri menyedarinya dan adalah tindakan refleks bayi kerana takut kehilangan puting ibunya. Jika ini yang berlaku, apabila bayi telah mula lena, segeralah lepaskan puting dari mulutnya dan biarkan dia lena sendiri tanpa puting ibu di dalam mulutnya. (saya sendiri sering mengalami keadaan sebegini, kerana sering tertidur semasa menyusu sampai tak sedar bayi telah lena). Jika bayi sedang menggigit, lepaskan perlahan-lahan gigitan itu dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi secara perlahan-lahan untuk memisahkan gigi dan puting.

2.Terdapat juga bayi yang menggigit kerana berasa gatal gusi dan ingin menghilangkan rasa gatal ini dengan menggigit sebarang objek termasuk puting ibunya. Biasanya dia akan mula menggigit pada awal penyusuan. Terdapat petua iaitu dengan membawa bayi lebih dekat kepada ibu seperti menyusukan bayi baru lahir boleh menyelesaikan masalah menggigit. Tetapi jika tidak berkesan, cuba pisahkan puting dari mulut bayi seperti teknik di atas sambil membisikkan kepada bayi yang perbuatannya boleh menyakitkan ibu. InsyaAllah, walaupun bayi masih kecil, dia boleh memahaminya. Ini juga akan melatih ibu dan anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

3.Kadangkala bayi menggigit kerana merasakan pengeluaran susu lebih sedikit dari biasa dan dia merasa tidak puas. Jika ini berlaku, periksa rutin ibu. Pengeluaran susu yang sedikit boleh terjadi atas banyak faktor. Antaranya, ibu mula menggunakan pil perancang, bayi mula menghisap lebih banyak botol dari ibunya sendiri, atau ibu telah mengandung semula. Pastikan sebabnya dan cuba atasi satu persatu.

Pada hakikatnya, setiap perkembangan bayi ini, akan menyebabkan kita cuba mengenali sikap bayi itu. Setiap bayi adalah unik dan apa yang diceritakan diatas adalah sebahagian dari pengalaman ibu-ibu yang telah sudah. Mungkin bayi anda berbeza dan cuba kenali sifat bayi anda dan cuba atasinya dengan penuh kasih sayang.

And smlm my hubby cerita..masa dia tgh main2 dgn adam and nak ambil barang pada tangan adam..adam marah and terus gigit tangan abah dia..hahaha..adam dah pandai gigit org pulak ni..aduhai..mesti blajar ngan abg2 kat nursery ni..mcm-mcm la adam ni. hehe..

tp mcm mana nak bg baby confident berjalan bila pakai kasut ek..sebab kalau bawah adam jln2 kat luar sambil pakai kasut dia jd xde confident and nak pegang tangan ibu..anyone could share their experience with me..please


and satu lagi info:
:::kurma memang antara makanan yang dapat menambahkan susu badan di samping dapat membekalkan tenaga untuk kita sebagai ibu yang masih menyusukan anak...

and ada resipe best yg boleh di kongsi dgn uols..hehe.."ICE BLENDED KURMA"..mcm nyummy..nyummy..kan.



Cara-caranye:
1.10 - 15 biji kurma yang dibuang biji (ikut la, kalau rasa tak nak manis sangat, boleh kurangkan kurma tu)
2.1 cawan fresh milk
3.4-5 ketul ais (kalau sesiapa yang masih lagi berpantang minum ais, tak perlu la letak ais ni ye)
4.blend ketiga2 diatas
5.dah siap boleh simpan di dalam peti sejuk
6.sesuai diminum ketika berbuka atau pun ketika sahur

nampak mcm best kan..so mari la mencuba..hehe..rasanye x semestiny ibu menyusu je boleh minum ni..anak2 pon pasti suka..betul tak..hehe

2 comments:

  1. Nuha suka jg menggigit dulu...selalu lah kna picit hidung sbb kalau picit hidung cepat sikit dia lpskan...picit sikit jer...picit2 syg gitu...

    ReplyDelete
  2. hehe..btul gak tu. ari tu ada gak kakak kat opis ckp mcm tu..tp dlm keadaan tersentak kena gigit tu x pikir idung dah..pikir jerit je..hehe

    ReplyDelete