Wednesday, December 28, 2011

Cadar Y.E.S

Hahaha..kelakar kan tajuk ni. Sebenarnye, sempena YES akhir2 thn ni dpt beli satu cadar yg dah lama di idam2 kan. Ceritanye mcm ni, smlm masa kat ofis lepas abis je setle sume issue then kitorg decide nak blk and sambung keje dari rumah je sbb nye ofis sgt la lengang and group SAP cuma kami berempat je yg dtg. meeting plak cancel ptg tu so member sorg ni ajak tuk singgah makan ke giant kelana jaya sblm terus pulang ke rumah. so kami pon menuju la ke giant and lepas selesai mkn kat food court tu...mkn sup tulang and siap bungkus rojak mamak yg sedap..heheh. kami pun jln2 kat bwh tu tetiba ter behenti kat booth jual cadar from china tu...memang dah lama sgt teringin nak beli and setiap dtg ke giant ni mesti aku akan pegang cadar ni. hahha. selepas membelek2..then member sorg ni tanya "atie nak beli ke?" sy jawab..mcm nak cantik kan. "akak nak beli x." hehe rupanye member ni pon berkenan nak beli..so kami pon membelek2 and suh penjual tu bukak lepas satu..satu..cadar utk memastikan kami memilih yg paling lawa...hahha..lawa di mata masing2 la. so terbeli la sehelai cadar sempena YES thn ini. dan pg ni excited nak pasang cadar ni..lawanye. heheh puji dari diri sendiri. jom tgk gambar cadar yg sy pilih smlm :)



Single Parent--erk!

Aduhai, for the 1st time...terpaksa jd single parent with 2 kids..sbb hubby kena outstation ke sabah besok and blk jumaat mlm. boleh ke aku survive ni. harap2 la Adam and Damia x buat perangai sgt. pagi terpaksa send diorg ke taska dgn bwk dua2 beg kelengkapan budak2 ni..then drive with my kids ke nursery. After work kena ambil diorg pulak and beli makanan for dinner. malas la nak masak2 nanti terkejar2 klu damia nangis. and masa nak tido for sure adam akan suruh teman dia tgk ape2 movie..sampai dia tertido, and damia pulak harap2 dia x menangis mlm2. klu x jenuh nak pujuk sbb nye klu sorg nangis..dua2 akan nangis. xpela try la to be a good supermom..Insyaallah. Harap2 sume nye goes well and semoga Allah permudahkan urusan kami bertiga ....amin!



Sunday, December 18, 2011

Majlis Cukur Jambul Puteriku 'Nur Damia Delisha'

Uh..almost 2 months i'm not writting anything in my luvly blog..

Ok la..kita akhirkan thn 2011 dgn sedikit cerita tentang puteri baruku ini. pasa sabtu lepas berlansung majlis cukur jambul damia secara sederhana tp meriah. damia pon nampak happy sgt. majlis dihadiri oleh saudara mara terdekat dan juga kawan2 ku. skrang pun damia dah berumur 2 bulan 2 minggu. dia dah pandai gelak2. cuma lepas kenduri tu damia demam skit, batuk and selsema pulak. maybe berjangkit dgn abg adam. tp skrang dah ok skit. dua2 anak ku ini di kuarantin di rumah. xyah gi school. kebetulan aku cuti 5 hari sempena menghabiskan sisa2 annual leave balance utk 2011. skrang ni nak tgh refresh otak..so skrang no idea sgt nak berkarangan..ehhee..so meh la layan gambar sepanjang majlis cukur jambul ni ek. dan setelah berpikir panjang dgn ini sy memutuskan tidak membotakkan kepala puteriku yg comel ini..sbb rambut dia nipis sgt, so mesti lambat nak tumbuh nanti kan..heheh.






Sunday, October 16, 2011

Hadiah untuk abg adam

Smlm tok adam bg hadiah basikal utk cucu kesayangan sorg ni...hehe. blk2 dari bukit mertajam..tgk2 adam basikal tuk adam. kemain suka la si adam ni. sbb nye dah lama dah dia nak basikal ni..and setiap kali pegi giant or tesco mesti dia nak naik basikal ni. and sebelum raya ari tu abah adam dah berhajat pon nak belikan cuma saya je x setuju sbb nye basikal kecik yg kat umah tu pon dia x pandai nak kayuh lg. so saya suggest tuk abg belikan nanti masa birthday dia yg ke 3 thn nanti je. tup2..smlm tok dia dah belikan and bila adam naik pandai plak dia mengayuh basikal ni..hahaha.. patut la beriya2 dia nak basikal ni. Tima kasih ye tok and wan adam :)


Introducing my new baby gurl

Alhamdullilah, tanggal 5 october 2011..lahirlah anak kedua kami..seorg puteri yg sgt comel. Hari ni baru berkesempatan utk perkenalkan puteri kami ini.. :). Nama diberi Nur Damia Delisha (Cahaya keberkatan/kebijakan Kegembiraan)..nama damia tu saya yg bg dan delisha tu suamiku yg beri. So lengkap la sepasang anakku..Adam and Damia. memang sgt happy la parent dua putera puteri ni hehhee. Mengingati detik2 mengandungkan dan melahirkan damia ni..rasanye mcm2 gak la dugaan. tp semua tu lenyap bila damia lahir kedua..happy sgt kami sekeluarga terutama ibu and abah dia la kan yg beriya2 nak anak perempuan :). Damia lahir seberat 3.25kg dan sepanjang 50cm. lebih kurang abg adam je la besarnye. Damia pon dilahirkan di hospital yg sama ngan abg adam iaitu K.S.WAN specialist maternity kat bukit mertajam, pulau pinang. Damia lahir cukup 38minggu secara caesarian..di sebabkan placenta pervia.. tp alhamdullilah sepanjang mengandungkan damia..xde benda yg cemas berlaku, xde darah yg keluar dan morning sickness pon xde. so memang damia anak yg baik. cuma nasib je x baik sbb uri plak kebawah..klu x boleh bersalin normal kan. anyway semua dah selamat..alhamdullilah. skrang tiba masa untuk membesar dan memdidik damia and abg adam moga jadi anak yg soleh dan solehah. dan menjadi anak2 yg bijak dan pandai. :)

Ni la adik adam..iaitu damia :)



Sunday, October 2, 2011

Terubat rindu!

Weekend lepas, mak and family seremban dtg ke penang. happy nye la aku sbb atleast terubat rindu sebulan lebih x jumpa mak. Dan x beraya pon ngan mak nasib baik mak dtg cni. happy sgt, terimah kasih mak, along sbb sudi dtg menjenguk anak dan adik mu ini walaupun sekejap tp amat bermakna dan puas sgt. Mak dlm keadaan sakit2 kaki pon mampu dtg melawat kami. terharu sgt. aku benar2 terubat rindu, rupanye keluh resah selama 2-3 minggu ni sbb terlalu rindu kat keluarga seremban rupanye. ingatkan sbb takut nak menghadapi operation. lepas je jumpa mak and family weekend ari tu..rasa lapang sgt dada...and now i'm ready nak di operate. tp memang stil la berdebar2 dan x sabar nak jumpa baby baru ni..counting days and hours je ni. besok satu hari je lg..then mlm kul 12 dah kena puasa and rabu seawal pukul 7 aku dah kena ada kat hospital for prepare amik darah and dijangka doc ckp dlm kul 9 operation akan dimulakan. hope semuanye berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. semoga Allah selamat kan aku dan baby ku..amin. Ya Allah kau lindungi kan la kami dan permudahkan lah urusan kami, sesungguhnye kau la yg mana berkuasa lagi maha mengasihani. Amin.

Thursday, September 22, 2011

Appreciation gift card from client

Best..best. ari ni pepagi bukak email terbaca satu email dari manager. rupa2 nye client bg sijil maya tuk sume yg support client tu. hehhehe..xpe la sijil maya pon jadi la. atleast ada org appreciate kan. tp klu bg token or bonus lg best...kan..kan.

Meh tgk skit sijil tu ek:

Tuesday, September 20, 2011

Baby check up @ 35 weeks~

Sabtu lepas, aku gi check up baby utk minggu ke 35. lama gak kena tunggu sbb ramai plak org hari sabtu ni. then bila doc panggil nama..excited la masuk, sbb excited nak check scan kedudukan uri kali ni. tup2..doc ckp camtu gak..uri x naik lg. so doc ckp klu mcm ni dah mcm susah nak naik, so doc suh pilih tarikh tuk operation. dgn hati yg lemah longlai..dan sedikit dukacita...redha je la kan..tp masa tu still diam je..maybe masih xleh terima. hubby pon diam je. then doc yg pilihkan tarikh sbb masa tarikh tu xde lg org yg book for operation..tarikhye adalah 5 oct..aku ngan abg hanya mampu angguk je, tanda setuju and redha. then doc suh dtg lg 10 hari tu reconfirm one more time before proceed for operation. ermm.harap2 next scan ni naik la ye ...harap sgt.

2nd time been warded!

2nd time been warded during this 2nd pregnant. uhh.. sungguh mcm2 dugaan plak dah dekat2 nak bersalin ni. ahad lepas..tetiba tgh mlm tu sakit perut guling2 plak. then kat ulu hati ni mcm kena cucuk2. muntah-muntah dan cirit birit sampai pagi. abis selimut baju sume kena muntah. pastu sbb takut effect ape2 kat baby, trus abg ajak gi check klinik. dlm perjalanan tu..pikir2..satgi klu gi specilist maternity dia trus admit bersalin plak..tp kandungan baru je 36 weeks. so pikir nye pikir,,sy suggest abg hantar ke hospital besar je..atleast kat sana paling tidak diorg masukkan air je since byk air dah kuar masa muntah n cirit kan. so trus la ke hospital seberang jaya..seb baik hari ahad x ramai patient. so smooth je la. tp tetap kena hantar ke labour room. tp xde la buat procedure nak bersalin tu..cuma dia check jantung baby sume je. then bila dah confirm xde ape2..diorg masukkan kan ubat and air..then trus kena admit masuk ward. so terpaksa la dok sana dlm sehari. isnin dah leh kuar. tp yg paling menggembirakan hatiku ialah..mlm tu doc buat scan baby and doc ckp uri dah naik. x dok bawah, so leh la bersalin normal insyaallah. alhamdullilah Allah dah naikkan uri ku blk, so xde la rasa takut sgt skrang ni. tp still kena follow up check up kat specilist maternily 27hb ni..sbb last check up sabtu lepas doc ckp uri still kat bwh and dah book date for operation. xpe la...harap2 xde ape2 yg membimbangkan insyaallah. x sabar nak bersalin..nak jumpa baby. :)

Surprise birthday cakes for my dear husband!

Happy birthday to you...happy birthday to my love hubby...

17 september lepas, genap la umur suamiku yg masuk ke 30 series..ehehe. so sy yg over excited ni pon berhajat la nak buat surprise party kecil2 tuk org tersayang. beli cake and pizza je.. tp xde la surprise mana pon hehehe..sbb abg jugak yg drive bwk gi beli sume2 ni..cuma cake tu dah di tempah khas terlebih dahulu la. :)

ni ada skit gambar2 masa potong cake. mcm biasa la..my lil adam yg paling excited tgk cake tu..maklomla cake coklat nak..plak ada lilin..sebuk dia nak tiup and potong lilin..hehhe..next year adam nyanyi tuk abah plak ye :)







Thursday, September 8, 2011

Tanda-tanda bersalin

Bahan ulangkaji ini didapati dari portal alam hamil.

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

1) Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2) Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3) Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4) Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5) Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Teknik Bernafas Ketika Bersalin

Bernafas dan bernafas terlebih

Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Doa-doa menjelang bersalin

1. Surah Al-Anbiyak ayat 87



" Bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."


2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255



" Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

3. Surah Al-A'raf ayat 54



" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta alam."

4. Surah Al-Falaq



" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh dari kejahatan makhluk-Nya dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."

5. Surah An-Nas



" Katakanlah (Wahai Muhammad) " Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia."

Amalan-amalan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas."
(Riwayat: Ibnu Sunny)

Semoga dengan mengamalkannya, Allah mempermudahkan kita bersalin. Apabila telah selamat bersalin, bacalah doa ini:


" Aku memohon perlindungan dengan kalimat Ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat."

- Dipetik daripada buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi.

Doa agar anak dalam kandungan dipelihara

Memperbanyakkan berdoa adalah antara amalan yang baik ketika mengandung. Kali ni saya nak kongsikan doa yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung yang saya juga mengamalkannya :-)



" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Checklist Keperluan Ibu Bersalin

ok td cerita pasal checklist utk baby..skrang utk ibu plak. penting juga ni:

List Barangan untuk ke hospital:

1. Kain batik
2. Stoking tebal
3. Selipar
4. Baju untuk keluar wad
5. Tudung
6. Disposable panties
7. Maternity pads
8. Cardigan / sweater
9. Handphone & charger
10. Toiletries
11. Buku rekod pemeriksaan antenatal (jangan lupa!)
12. Guarantee Letter (GL) - kakitangan kerajaan kena bawa surat ni
13. Kad pengenalan
14. Bahan bacaan - untuk mengisi masa lapang..mana tahu terlambat plak baby nak kuar
15. Makanan pemberi tenaga spt. air kotak milo dan coklat

List Keperluan sepanjang berpantang:

1. Set bersalin (Saya dah beli Leesa Formula. Malas nak buat research pasal jenama lain. Kekalkan je la sama macam bersalin anak sebelum ni. Kalau dulu saya beli complete set tapi kali ni beli set A je, tanpa tungku, bengkung dan teh herba. Ia mengandungi tablet haruan (pagi), tablet perawan (malam), krim halia, minyak telon dan krim nak rampingkan perut :-))

2. Bengkung (

3. Tungku

4. Mandian herba

5. Pam susu ibu

6. Bekas simpanan susu ibu

7. Stoking tebal

8. Pad secukupnya

9. Pencuci / ubat untuk merawat luka kelahiran

Checklist Kelengkapan Bayi


Skrang ni memandangkan masa byk terluang sbb doc suh berehat byk2. so mula la ready2 ape yg perlu utk menyambut ketibaan baby baru nanti. ni ada some check list yg sy baca kat blog kawan ni. maybe bleh digunakan dlm preparation utk barang2 baby.

Meh kita check mana yg dah ada and yg perlu dibeli setakat ini :)
Clothings:

1. Baju lengan panjang
2. Seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Seluar pendek
5. Rompers
6. Legging
7. Topi
8. Sarung kaki
9. Sarung tangan
10. Tummy binder (barut perut moden)
11. Receiving blanket (selimut yang ada penutup kepala)
12. Swaddling blanket (selimut baby yang ada porch - berfungsi sebagai bedung baby)
13. Kain bedung

Changing & Diapering:

1. Lampin pakai buang
2. Lampin kain moden (Cloth Diaper) - turun temurun daripada kakaknya :-)
3. Nappy liners (pelapik untuk digunakan bersama CD)
4. Tisu basah - beli 2 pek tapi dah tinggal 1 pek..dah rasmikan dulu :-)
5. Pelapik untuk menukar lampin (changing mat)

Mandian & penjagaan diri:

1. Tab mandian bayi & pengalas tab - turun temurun daripada abangnya
2. Tuala muka - beli 5 helai dah tinggal 2 je sebab 3 lagi kakak buat main :-)
3. Tuala mandi
4. Mandian bayi - beli yang top to toe, senang.
5. Bedak bayi
6. Losyen bayi
7. Minyak bayi
8. Minyak telon
9. Pemotong kuku
10. Thermometer - untuk pantau suhu badan baby
11. Cotton buds

Tidur:

1. Katil bayi
2. Tilam
3. Bantal
4. Selimut
5. Bantal panjang / bantal peluk
6. Bouncer

Penyusuan:

1. Pam elektrik
2. Bekas simpan susu ibu - plastik & botol
3. Cooler bag
4. Ice pack
5. Steriliser - turun temurun
6. Warmer - turun temurun
7. Botol susu bebas BPA & puting
8. Bottle cleanser
9. Bottle brush

Travelling Necessities:

1. Stroller
2. Car seat
3. Baby Carrier

1. Bag baby
2. Krim / bedak ruam lampin

Mandi Wajib Selepas Bersalin

Ni ada soal jawab tentang mandi wiladah selepas bersalin..for info je :)

Pertama:

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Sumber : http://soaljawab.jais.gov.my/

Kedua:

Perlu mandi wajib selepas bersalin

SOALAN

SAYA ingin tahu mengenai mandi wajib selepas bersalin. Selepas berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau menunggu sehingga habis pantang?

Seperkara lagi, jika suami ke luar kawasan hingga berbulan-bulan, berdosakah seorang isteri melakukan onani untuk menghilangkan stres daripada melakukan zina dengan orang lain?

KELIRU,
Sabah.

JAWAPAN

SEBAB mandi wajib yang membabitkan wanita sahaja ialah keluar haid, kerana bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).

Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati semua. Syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi wajib apabila melahirkan anak.

Mazhab Hanbali berpendapat tidak wajib apabila tidak keluar darah. Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak.

Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.

Mengenai onani, kebanyakan ulama menyatakan ia haram dan berdosa. Ini berdasarkan ayat al-Quran berkenaan sifat seorang mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukminun (23): 5-7).

Bagaimanapun menurut pendapat mazhab Hanbali, onani dibenarkan dalam dua keadaan iaitu takut melakukan zina dan ketiadaan cara untuk berkahwin, contohnya miskin dan sebagainya. Hanya keadaan seperti ini onani dibenarkan terutama apabila syahwat memuncak yang mengarah kepada zina (Qaradawi 1995: 170-71).

Jalan terbaik dalam menangani masalah ini ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah terutama amalan solat berjemaah dan berpuasa sunat. Puasa dapat mendidik diri supaya mengawal nafsu, disiplin diri dan mengawal maruah diri.

Rasulullah s.a.w pernah menyarankan kalangan pemuda supaya berkahwin agar dapat menjaga maruah diri sekiranya berkemampuan.

Sekiranya tidak mampu, mereka digalakkan berpuasa. Puasa dapat mengawal diri daripada terjerumus dalam perkara maksiat.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/FikrahDrSalam/

Versi kedua.. pendapat yang mengatakan tidak wajib mandi..

Pertama:

Soalan: Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan:

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:00 PM

Sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Kedua:

Soalan:

SAYA ingin bertanya berkenaan mandi wiladah. Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak melakukan mandi wiladah sebaik saja melahirkan anak? Adakah amalan yang dilakukan seperti solat dan puasa itu sah?

NOR
Johor Bahru

Jawapan:

Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas atau basah dengan darah termasuk wanita yang mengalami keguguran.

Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.

Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan membolehkan kita bersolat.

Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.

Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Cara Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

!Just nak share and take note...so nanti leh refer blog..hehehe.!

Cara Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahirananak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta
banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr. Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 : Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari
gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan. Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran : Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan) ". Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan
maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. Memberikan nama yang baik. Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke
arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih. Mengaqiqahkan anak.Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,diberikan nama dan dicukur rambutnya".
Riwayat abu Daud.

Monday, September 5, 2011

Raya AidilFitri 1432H/2011

Salam Aidilfitri semua kawan-kawan dah saudara mara dan maaf zahir batin. Raya thn ni nyaris2 saya akan beraya di hospital..tp alhamdullilah berkat doa..Allah makbulkan juga. dapat la saya beraya dgn suami dan anak tercinta bersama keluarga mertua di penang. tragis la gak klu kenang2 kan..haha..

Tp raya ni x pergi jalan mana pun since doktor advice berehat je kat rumah. berkorban gak la jejalan raya tu. xpe next year kita double jln raya ye. hehehe. walaupun mcm tu seronok gak sbb ramai sanak saudara dtg ke rumah mertua..so ada gak la rasa suasana hari raya yg meriah tu. kuih muih pon byk..rendang, dodol, mcm2 lagi masakan raya yg sedap2 mak mertua dah masak. dpt la rasa semua nye. Skrang ni tgh dok berehat2 sambil kerja di rumah. hopefully semua nye dipermudahkan oleh Allah. amin.

Jom layan gambar sekitar raya...x byk pon kami bergambar sbb mood raya dah separuh kot skrang ni..more memikirkan pasal nak bersalin nanti :). siap2 sume brg baby..baju2 kecik adam pon dah basuh sume..sbb nak pakai semula pada baby..so xde la membazir sgt kan. skrang sume dah prepared sbb takut anytime leh bersalin kan. so better prepare awal2 senang nanti. ermm..lupa lak nak citer..hehe..thn ni dapat la mummy adam ni berpuasa penuh sebulan. tanpa tgl satu hari pun. sgt bangga dah puas hati walaupun mcm2 dugaan. :)











Sunday, September 4, 2011

Admitted

Admitted in hospital putrajaya due to placenta previa stage 2.

~Day 1 (Tuesday, 23 August 2011)
Hari ni ada check up dgn pakar kat hospital putrajaya berkenaan Placenta previa. Lepas je hantar adam ke sekolah, terus ke hospital putrajaya. Sampai kat sana tepat kul 8 pagi, dah la hujan renyai2 pulak. Pastu ambil nombor..tunggu punya tunggu pukul 10 baru dapat jumpa doctor. Then after checkup..doc confirm yg aku ada placenta previa stage 2. So terpaksa la ditahan di wad. Tp masa gi buat daftar, tiba2 xde plak wad. So dia suh book and blk dulu then pihak hospital akan call kalau ada wad kosong. So aku pon pulang. Sebelum blk tu gi jumpa doc jaemeaton dulu mintak advice. Tp based on doc komplikasi aku ni mcm critical gak..so dia suggest suh duk and masuk je wad. So dgn redha aku pon masuk la wad dlm keadaan keterpaksaan. So bermula la kehidupan ku di dalam wad ini.

~Day 2 (Wednesday, 24 August 2011)
Perasaan rindu kepada anak dan suami sgt la tinggi. Rasa mcm nak lari je dari wad. Tp ku kuatkan semangat dan kesabaran. Nasib baik ada kawan2 kat wad ni yg baik dan peramah. So x la rasa boring sgt. Nurse2 kat cni pon friendly gak. Keadaan wad pon bersih dah memuaskan. So bertahan la aku sampai ke petang. Masa time berbuka tu abg dtg bwk nasi bungkus and berbuka dgn ku di wad ni. Rasa la pengalaman baru disini.

~Day 3 (Thursday, 25August 2011)
Walaupun terasa bosan tapi dapat la aku melihat macam2 jenis dugaan yg diterima oleh ibu yg mengandung dan ingin melahirkan anak. Ada yg mudah dan ada juga yg menghadapi bermacam2 dugaan. Tp dgn sokongan keluarga, nurse, doc dan kawan2 mereka dpt tempuhi dugaan itu dgn kesabaran yg tinggi. So dgn ini meningkatkat lg kesabaran ku utk meneruskan hidup tgl kat wad ni demi anak tercinta didalam kandungan. Walaupun in deep of heart terasa sgtla rindu kat anak sulung ku adam. Tp ku kuatkan semangat demi kebaikan kandunganku. Moga Allah permudahkan kelahiran anak kedua ku ini dan moga uri ku akan naik ke keadaan normal, so dpt la aku berehat di rumah sahaja dan x payah tgl kat wad nil g. amin.

~Day 4 (Friday, 26 August 2011)
Masa berjalan terlalu pantas. Pejam celik dah 4 hari aku kat hospital putrajaya. Dah 2 kelahiran baby yg aku lihat dan dugaan ibu yg melahirakan baby tu pon berlainan. Dua-dua telah overdue, tapai sorg tu baby dia songsang so terpaksa juga la di operate. Sorang lg tu pembukaan dah buka 7cm tp disebbkan heart beep baby dah slow so terpaksa juga di-operate. Besok akan ada lg satu kelahiran baby dan kes ibu ni pulak..dia mengalami nasib sama dgn aku iaitu PP stage 2 tp dia jugak mengalami hight blood pleasure so baby x dpt makanan dari ibu so terpaksa jugak la di operate dlm keadaan kandungan baby 36week. Then baby dia berat x cukup Cuma 1.55kg je. Then terpaksa masuk NICU akubator. Tp adik ni seorg yg tabah. Ahad nanti dia akan discharge, so mungkin aku akan lebih boring la nampaknye.

~Day 5 (Saturday, 27 August 2011)
Hari ni aku bertambah bosan duduk kat hospital ni. Dan decides nak mintak blk besok or isnin utk blk beraya. Nasib baik doc benarkan tp kena sign surat dimana doc xkan bertanggungjawab kalau ada ape2 yg berlaku ke atas pesakit. Xpe la rasanye. Ok kot kan. Kita tunggu ape yg berlaku besok..hehehe. discharge ke x aku ni. Aduhai..hehehe.

~Day 6 (Sunday, 28 August 2011)
Alhamdullilah setelag 4 org doctor aku mintak premission utk keluar, atlast dr azmi benarkan. tp dgn syarat raya kedua kena masuk wad blk. Tp sbb confident xde ape akan berlaku, aku dan hubby pon decide blk penang and berehat kat sana sbb klu kat rumah xde org nak jaga, then adam lg kan. so blk la penang atleast ada mertua and adik ipar tlg jaga adam. lepas kuar wad ari tu kami trus ke darul syifa jumpa ustad and buat air skit then trus je blk penang. sampai je penang trus refer specialist maternity and doctor advice rest kat rumah. tp doc bg mc seminggu je..so ari ni start la keje blk. so td dah mintak apporval dari manager untuk working from home until bersalin and manager approve.

Skrang ni hanya berdoa moga uri ni naik pd keadaan normal so bleh la bersalin normal dan allah pemudahkan urusan bersalin dan mengandung ku ini. amin.

Wednesday, August 17, 2011

Baby check up @ 31 weeks~

Semalam seperti biasa.pergi check up baby untuk minggu ke-31. Check up kali ni agak berdebar skit since last check up doc ckp uri mcm ke bawah sedikit kan. and doc hope uri tu akan naik in the next check up. So smlm sume nye mcm biasa..berat baby dah 1.8kg - doc ckp baby sederhana besar. berat badan ibu pon naik 0.5kg je..maybe sbb puasa kot. hehhe..doc kata dah pernah tgl posa x ni...hehehe jawapan nye x pernah doc..stakat ni alhamdullilah boleh bertahan..x tgl langsung lg. Doc ckp bagus nye!...senyum jap.

Tp masa scan tu doc ckp uri bebetul bawak kepala baby je. means memang still skit bawah. tp doc suh gi buat pemeriksaan terperinci. sbb doc kata klu kes mcm ni kena ada 2-3 doc yg mengesahkan nye. ermm..yg sedey doc ckp klu bebetul uri bawah, memang no choice..kena bedah gaks. x leh nak bersalin normal. so doc pon buat la satu surat reference and doc suggest gi hospital putrajaya for scanning pakar. doc ckp klu go gov senang skit klu anything happened. so akur je la kan. Pastu hubby tanya.."doc, kami nak blk penang beraya..so dlm keadaan wife sy mcm ni, boleh x kami meneruskan hajat kami itu". Sadly di muka hubby bila doc ckp "its depened masa scanning pakar nanti. sbb klu ikutkan dlm keadaan mcm ni ibu memang xleh naik kereta jauh2 dah, takut bleeding and membahayakan ibu and baby". so camne ek nak ckp..sedey pon ada..kesian pon ada kat abg. tp terima je la ujian ini. xtau la ape yg abg akan decide kemudian..mungkin dia akan blk sorg ke penang or nak bwk adam tp bahaya gak klu drive ngan adam je kan. so better klu dia nak blk gak..blk je sesorg ,,,(and kami terpaksa la beraya berasingan..sy dan anak2..klu suami tetap nak beraya di penang) --sedeykan. xpe la..xleh nak kata tak..sbb nye memang this year turn dia beraya kat sana..and dia pon dah apply cuti panjanng semata2 nak beraya dgn family di penang.

Todays - pepagi td lepas hantar adam ke nursery, sy pon trus la ke hospital putrajaya. punya la susah nak cari parking..tp seb baik allah mendengar doa ibu mengandung ni kan..supaya permudahkan urusanku..sbb abg x dpt nak teman..so memang td pergi sesorg je. dapat la satu parking and x jauh dari pintu masuk lobi hospital. lepas amik number..terus buat pendaftaran. then receptionist tu suh gi ke counter A utk O&G nye bahagian. then nurse tu terus je amik buku and surat2 yg berkenaan dari aku..and bwk jumpa doc pakar. tak sampai 5 min nurse tu kuar and bg date next tuesday utk dtg jumpa doc pakar. so bersambung la check up utk scanning seterusnye di hospital putrajaya ni next tuesday pukul 8 pg. hopefully xde la ape2 yg merbahayakan berlaku. minta2 uri ni naik blk. kedudukan baby dah kepala ke bawah ..so klu dapat bersalin normal alangkah indahnye :).

Tuesday, August 9, 2011

Nur Kasih The Movie



Since movie ni keluar kat cinema lg teringin sgt nak tgk. Tapi ape kan daya x sempat nak gi wayang, maklom la susah skit klu nak bwk adam masuk wayang ni..lgpun tgh ngandung so memang mls nak go wayang. And today, dpt la tgk citer ni kat blog ni NurAdam sebenarnye dah lama cari full version kat internet citer Nur kasih ni..hehe..sbb kan kesempitan masa, ni baru dpt jumpa. takpe la..atleast dpt gak tgk kan.

Masa ngandung anak 1st dulu slalu sgt ikuti siri citer NurKasih ni..x pernah miss. sampai terikut2 tu yg namakan anak sy adam..hehehe. Pastu ngandung anak kedua ni laks..beriya2 nak tgk citer NurKasih movie plak..so klu kuar 2nd baby ni nanti girl..confirm letak nama Nur plaks. hahahaha.

Best sgt citer ni, berjurai2 air mata tgk citer ni. nasib baik happy ending. x sia2 tgk. And ada la satu dua ayat dia yg sy sgt suka cth ...ni adam yg ckp "nur x kan sesat sbb abg akan cari nur sampai jumpa". uwaaa..rasa adam ni sgt suami yg romantik.

So sape2 yg lom tgk citer ni..sy recommended utk tgk la citer ni ye. BEST!

Sunday, August 7, 2011

Car Bed little tikes for 2nd birthday adam

Ingat x lagi entry pasal pemilihan katil tuk adam dulu. konon nye ibu janji bila adam ada adik..ibu akan beli satu katil tuk adam kan. so ini la janji tu..dah ditepati pon. tp ibu buat tuk hadiah birthday skali..2 in 1. utk save budget..sbb pasni nak pikir preparation tuk baby plaks. hehe. so jom tgk car bed adam yg ibu dah beli ni. adam sgt suka. so far dah 2 mlm adam tido sesorg atas katil ni. and katil ni abg letak sebelah katil kitorg sbb nak biasa kan adam tido atas katil sorg2 dulu. nanti klu adam dah besar skit baru kita move katil ni dlm blk adam ye :).




Celebrate birthday adam with ibu and abah!

Sempena birthday adam 5 August kemarin..kami bertiga telah ke the curve. pergh jauh tu nak gi berbuka and celebrate. tp sbb jem sume..adam dah selamat tido dari dlm kereta. so kami decide berbuka dulu kat THAI Express. lepas berbuka..baru adam bgn. then abg ajak ke restaurant sebelah iaitu BASKIN Robbin..hehe..sebelah2 je. so tgk cake ice cream dia mcm2 flavor...and disebab kan kami cuma bertiga, so abg ckp x yah la nak amik sampai 1 biji cake lgpun perut pon dah kekenyangan berbuka td. kami pon pilih one silce je..and ice cream cone for adam. Jadila kan..tu pon jenuh nak perabih..last2 abg yg kena abiskan sume. ibu memang x larat dah..adam plak mkn skit je pon.