Tuesday, June 21, 2011

Doa untuk para ibu yang menyusukan anaknya

Salam semua, baru sebentar td sy membaca satu amalan yg sgt berguna bg sy dan juga utk ibu2 yg menyusu atau akan menyusukan anaknya. Terima kasih sangat pada blog mommalydzar - mohon share kan info ini di blog saya ye. sbb klu simpan kat desktop takut ilang..klu kat blog ni next time bleh la nak rujuk2...hehe.

Ni dia amalan doa yg sgt berguna itu:

Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.


Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...





Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


Semoga amalan kita mendapat berkat daripada ALLAH dan semoga ALLAH memurahkan rezeki susuibu utk bayi kita..

Ni sedikit promo..hehe. Mommalydzar juga adalah pengedar shaklee. so klu ada sesape berminat boleh la klik kt SINI utk meng'up'kan production susu - preparation utk bulan puasa nnt

1 comment:

  1. boleh je atid..mmg kita nk share ngn semua reader..semoga kita dpt manfaat sama2..

    tq gak tolong promotkan shaklee kt sini :D

    ReplyDelete