Monday, September 20, 2010

Raya Aidilfitri 2010 ~ 1 Syawal 1431H

Busy betul beraya sampai blog pon x update. Tahun ni betul-betul raya sakan mana tak nye, cuti sampai seminggu lebih..haha..xpe la kan setahun sekali. Raya tahun ni sangat bermakna bagi kami sekeluarga terutamanye mak. Mak happy sangat sebab kesemua adik beradiknye yang 11 org telah bersatu semula. Mereka telah berbaik2 ..bersalam-salaman. Betul kata pepatah melayu air dicincang tidak akan putus begitu juga la hubungan adik beradik..so toksah la gaduh2 ye. Hehehe…dan sebab itu juga la tahun ni raya sakan kami semua..semua rumah pakcik makcik abis kami beraya.

Dan bagi hubby pulak ni tahun pertama dia beraya di seremban. Tahun lepas kami beraya di penang. So dia a bit kesedihan la sebab x dpt beraya bersama mak and family tersayang. Tapi still my hubby nampak ceria and happy sebab dapat beraya bersama adik beradik, sanak saudara ku yg ‘happening’..wakakaka. And the 1st time hubby dapat pulang ke kampong arwah nenda tercinta di Kuala Pilah. Byk betul kenangan ku di sini kerana di sini la aku mula bersekolah dan membesar bersama nendaku. Tapi semua itu tinggal kenangan, rumah kampong ni pon dah uzur dimamah usia.

Ni cerita raya 2010:

~Malam sebelum raya, kami adik beradik berkumpul di rumah mak, berbuka puasa bersama.
~Pagi raya kami sama-sama pergi ke masjid menunanikan solat aidilfitri
~Sesudah bersiap-siap, kami bersalam-salaman..bermaaf-maafkan dan bergambar kemudian menjamu selera dgn ketupat, rending, kuah kacang dan mcm2 juadah yg ibuku masak..nyum..nyum..naik berkilo2..wakakkaa
~Lepas tu kami adik beradik beraya kerumah abah tersayang, seronok berbual-bual dan of course makan lagi..hehe..
~Tiba la masa bertolak balik ke kampong halaman di Kuala Pilah, sesampai di sana kami terus ke kubur arwah nenda, kemudian ke kg parit beraya bersama atuk dan pakcik makcik sanak saudara ku tersayang. And episode makan2 seperti biasa. Kemudian kami menziarahi ke rumah sanak saudara di area kuala pilah.
~Malam baru bertolak pulang..sungguh penat.
~Raya ke-2: Rumah terbuka di rumahku, kesemua saudara mara datang beraya di rumah mak pulak..then kami pulak beraya di rumah pakcik makcik area seremban
~Raya ke-3: Beraya ke rumah pakcik makcik area KL
~Raya ke-4: Bertolak balik ke Penang, seronok sangat sebab nampak hubby very excited..hehe..maklom la nak blk jumpa bonda dan ayahanda tercinta kan..
~Raya ke-5 hingga ke-9, kami beraya di penang. Mcm-mcm makanan aku makan..sedap..
~Raya ke-10: attend wedding neighbor sepermainan ku dari kecil  at Alson Klana Resort.

Abis episode cuti raya..then blk puchong and prepared untuk masuk kerja..ala..bosannye..best la plak bercuti kan..hehe. Adam pon seronok sgt beraya mana taknye, 1st time beraya dgn berjalan sana sini..maklom la dah ‘dpt kaki’ sakan betul dia berjalan di rumah-ruma org. xnak duduk diam. Terkedek-kedek dgn baju melayu siap bersamping..dgn capalnye..aduh anak ibu sorg ni. Lepas tu nak makan kuih raya..ape org nak mkn dia nak jugak..hehe.

Sebenarnye episode raya belum habis..ye la raya kan sebulan..and sekrang setiap weekend dah ada org book for rumah terbuka. Byk sgt undangan rumah terbuka perlu ku attend ni. Tak tau la sempat ke tak and mungkin terpaksa skip beberapa rumah..sorry ye kekawan..hope boleh attend next year. This weekend kena gi johor my sister and brother buat open house, then awal-awal mak dah pesan kita konvoi ramai2 sabtu ke kluang then ahad trus ke skudai…aduh..xleh excuse ni..hehe..tp syok gak leh jalan lagi..hehehe..

!:Selamat Hari Raya kawan-kawan di blog dan Maaf Zahir & Batin:!










5 comments:

  1. hensem la adam pakai baju melayu...seronok baca cerita raya ko,Atid...

    ReplyDelete
  2. next year leh la kita beraya bersama kan...ko blk m'sia next year kan..

    ReplyDelete
  3. aah la Atid...kalau jadi bulan Februari....cuba ko kira...tinggal 4 bulan jer tid...cam nak nangis aku sebut 4 bulan...heppi sgt tid...

    ReplyDelete
  4. serius ke ni..wah..aku pon happy dengarnye..yeeeaaa...nanti bgtau la..leh aku sambut kat airport..wakakkaka..

    ReplyDelete
  5. yea...Adam nak sambut auntie kat airport...

    ReplyDelete