Meh tgk skit sijil tu ek:
"Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. I love my family very much till the end of my life!”
Thursday, September 22, 2011
Appreciation gift card from client
Best..best. ari ni pepagi bukak email terbaca satu email dari manager. rupa2 nye client bg sijil maya tuk sume yg support client tu. hehhehe..xpe la sijil maya pon jadi la. atleast ada org appreciate kan. tp klu bg token or bonus lg best...kan..kan.
Meh tgk skit sijil tu ek:
Meh tgk skit sijil tu ek:
Tuesday, September 20, 2011
Baby check up @ 35 weeks~
Sabtu lepas, aku gi check up baby utk minggu ke 35. lama gak kena tunggu sbb ramai plak org hari sabtu ni. then bila doc panggil nama..excited la masuk, sbb excited nak check scan kedudukan uri kali ni. tup2..doc ckp camtu gak..uri x naik lg. so doc ckp klu mcm ni dah mcm susah nak naik, so doc suh pilih tarikh tuk operation. dgn hati yg lemah longlai..dan sedikit dukacita...redha je la kan..tp masa tu still diam je..maybe masih xleh terima. hubby pon diam je. then doc yg pilihkan tarikh sbb masa tarikh tu xde lg org yg book for operation..tarikhye adalah 5 oct..aku ngan abg hanya mampu angguk je, tanda setuju and redha. then doc suh dtg lg 10 hari tu reconfirm one more time before proceed for operation. ermm.harap2 next scan ni naik la ye ...harap sgt.
2nd time been warded!
2nd time been warded during this 2nd pregnant. uhh.. sungguh mcm2 dugaan plak dah dekat2 nak bersalin ni. ahad lepas..tetiba tgh mlm tu sakit perut guling2 plak. then kat ulu hati ni mcm kena cucuk2. muntah-muntah dan cirit birit sampai pagi. abis selimut baju sume kena muntah. pastu sbb takut effect ape2 kat baby, trus abg ajak gi check klinik. dlm perjalanan tu..pikir2..satgi klu gi specilist maternity dia trus admit bersalin plak..tp kandungan baru je 36 weeks. so pikir nye pikir,,sy suggest abg hantar ke hospital besar je..atleast kat sana paling tidak diorg masukkan air je since byk air dah kuar masa muntah n cirit kan. so trus la ke hospital seberang jaya..seb baik hari ahad x ramai patient. so smooth je la. tp tetap kena hantar ke labour room. tp xde la buat procedure nak bersalin tu..cuma dia check jantung baby sume je. then bila dah confirm xde ape2..diorg masukkan kan ubat and air..then trus kena admit masuk ward. so terpaksa la dok sana dlm sehari. isnin dah leh kuar. tp yg paling menggembirakan hatiku ialah..mlm tu doc buat scan baby and doc ckp uri dah naik. x dok bawah, so leh la bersalin normal insyaallah. alhamdullilah Allah dah naikkan uri ku blk, so xde la rasa takut sgt skrang ni. tp still kena follow up check up kat specilist maternily 27hb ni..sbb last check up sabtu lepas doc ckp uri still kat bwh and dah book date for operation. xpe la...harap2 xde ape2 yg membimbangkan insyaallah. x sabar nak bersalin..nak jumpa baby. :)
Surprise birthday cakes for my dear husband!
Happy birthday to you...happy birthday to my love hubby...
17 september lepas, genap la umur suamiku yg masuk ke 30 series..ehehe. so sy yg over excited ni pon berhajat la nak buat surprise party kecil2 tuk org tersayang. beli cake and pizza je.. tp xde la surprise mana pon hehehe..sbb abg jugak yg drive bwk gi beli sume2 ni..cuma cake tu dah di tempah khas terlebih dahulu la. :)
ni ada skit gambar2 masa potong cake. mcm biasa la..my lil adam yg paling excited tgk cake tu..maklomla cake coklat nak..plak ada lilin..sebuk dia nak tiup and potong lilin..hehhe..next year adam nyanyi tuk abah plak ye :)

Thursday, September 8, 2011
Tanda-tanda bersalin
Bahan ulangkaji ini didapati dari portal alam hamil.
Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.
Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.
Tanda-tanda hendak bersalin
1) Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
2) Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
3) Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
4) Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
5) Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Teknik Bernafas Ketika Bersalin
Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.
Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.
Corak pernafasan untuk perlahiran
Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.
Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.
Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.
Teknik pernafasan mudah
• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!
• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.
• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.
Sokongan semasa pernafasan
Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.
Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.
Bernafas dan meneran
Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.
Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.
Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.
Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.
Bernafas dan bukan meneran
Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Doa-doa menjelang bersalin
1. Surah Al-Anbiyak ayat 87

" Bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255

" Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
3. Surah Al-A'raf ayat 54

" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta alam."
4. Surah Al-Falaq

" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh dari kejahatan makhluk-Nya dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."
5. Surah An-Nas

" Katakanlah (Wahai Muhammad) " Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia."
Amalan-amalan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas."
(Riwayat: Ibnu Sunny)
Semoga dengan mengamalkannya, Allah mempermudahkan kita bersalin. Apabila telah selamat bersalin, bacalah doa ini:

" Aku memohon perlindungan dengan kalimat Ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat."
- Dipetik daripada buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi.

Subscribe to:
Posts (Atom)