Thursday, September 22, 2011

Appreciation gift card from client

Best..best. ari ni pepagi bukak email terbaca satu email dari manager. rupa2 nye client bg sijil maya tuk sume yg support client tu. hehhehe..xpe la sijil maya pon jadi la. atleast ada org appreciate kan. tp klu bg token or bonus lg best...kan..kan.

Meh tgk skit sijil tu ek:

Tuesday, September 20, 2011

Baby check up @ 35 weeks~

Sabtu lepas, aku gi check up baby utk minggu ke 35. lama gak kena tunggu sbb ramai plak org hari sabtu ni. then bila doc panggil nama..excited la masuk, sbb excited nak check scan kedudukan uri kali ni. tup2..doc ckp camtu gak..uri x naik lg. so doc ckp klu mcm ni dah mcm susah nak naik, so doc suh pilih tarikh tuk operation. dgn hati yg lemah longlai..dan sedikit dukacita...redha je la kan..tp masa tu still diam je..maybe masih xleh terima. hubby pon diam je. then doc yg pilihkan tarikh sbb masa tarikh tu xde lg org yg book for operation..tarikhye adalah 5 oct..aku ngan abg hanya mampu angguk je, tanda setuju and redha. then doc suh dtg lg 10 hari tu reconfirm one more time before proceed for operation. ermm.harap2 next scan ni naik la ye ...harap sgt.

2nd time been warded!

2nd time been warded during this 2nd pregnant. uhh.. sungguh mcm2 dugaan plak dah dekat2 nak bersalin ni. ahad lepas..tetiba tgh mlm tu sakit perut guling2 plak. then kat ulu hati ni mcm kena cucuk2. muntah-muntah dan cirit birit sampai pagi. abis selimut baju sume kena muntah. pastu sbb takut effect ape2 kat baby, trus abg ajak gi check klinik. dlm perjalanan tu..pikir2..satgi klu gi specilist maternity dia trus admit bersalin plak..tp kandungan baru je 36 weeks. so pikir nye pikir,,sy suggest abg hantar ke hospital besar je..atleast kat sana paling tidak diorg masukkan air je since byk air dah kuar masa muntah n cirit kan. so trus la ke hospital seberang jaya..seb baik hari ahad x ramai patient. so smooth je la. tp tetap kena hantar ke labour room. tp xde la buat procedure nak bersalin tu..cuma dia check jantung baby sume je. then bila dah confirm xde ape2..diorg masukkan kan ubat and air..then trus kena admit masuk ward. so terpaksa la dok sana dlm sehari. isnin dah leh kuar. tp yg paling menggembirakan hatiku ialah..mlm tu doc buat scan baby and doc ckp uri dah naik. x dok bawah, so leh la bersalin normal insyaallah. alhamdullilah Allah dah naikkan uri ku blk, so xde la rasa takut sgt skrang ni. tp still kena follow up check up kat specilist maternily 27hb ni..sbb last check up sabtu lepas doc ckp uri still kat bwh and dah book date for operation. xpe la...harap2 xde ape2 yg membimbangkan insyaallah. x sabar nak bersalin..nak jumpa baby. :)

Surprise birthday cakes for my dear husband!

Happy birthday to you...happy birthday to my love hubby...

17 september lepas, genap la umur suamiku yg masuk ke 30 series..ehehe. so sy yg over excited ni pon berhajat la nak buat surprise party kecil2 tuk org tersayang. beli cake and pizza je.. tp xde la surprise mana pon hehehe..sbb abg jugak yg drive bwk gi beli sume2 ni..cuma cake tu dah di tempah khas terlebih dahulu la. :)

ni ada skit gambar2 masa potong cake. mcm biasa la..my lil adam yg paling excited tgk cake tu..maklomla cake coklat nak..plak ada lilin..sebuk dia nak tiup and potong lilin..hehhe..next year adam nyanyi tuk abah plak ye :)







Thursday, September 8, 2011

Tanda-tanda bersalin

Bahan ulangkaji ini didapati dari portal alam hamil.

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

1) Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2) Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3) Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4) Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5) Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Teknik Bernafas Ketika Bersalin

Bernafas dan bernafas terlebih

Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Doa-doa menjelang bersalin

1. Surah Al-Anbiyak ayat 87



" Bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."


2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255



" Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

3. Surah Al-A'raf ayat 54



" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta alam."

4. Surah Al-Falaq



" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh dari kejahatan makhluk-Nya dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."

5. Surah An-Nas



" Katakanlah (Wahai Muhammad) " Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia."

Amalan-amalan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas."
(Riwayat: Ibnu Sunny)

Semoga dengan mengamalkannya, Allah mempermudahkan kita bersalin. Apabila telah selamat bersalin, bacalah doa ini:


" Aku memohon perlindungan dengan kalimat Ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat."

- Dipetik daripada buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi.

Doa agar anak dalam kandungan dipelihara

Memperbanyakkan berdoa adalah antara amalan yang baik ketika mengandung. Kali ni saya nak kongsikan doa yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung yang saya juga mengamalkannya :-)



" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Checklist Keperluan Ibu Bersalin

ok td cerita pasal checklist utk baby..skrang utk ibu plak. penting juga ni:

List Barangan untuk ke hospital:

1. Kain batik
2. Stoking tebal
3. Selipar
4. Baju untuk keluar wad
5. Tudung
6. Disposable panties
7. Maternity pads
8. Cardigan / sweater
9. Handphone & charger
10. Toiletries
11. Buku rekod pemeriksaan antenatal (jangan lupa!)
12. Guarantee Letter (GL) - kakitangan kerajaan kena bawa surat ni
13. Kad pengenalan
14. Bahan bacaan - untuk mengisi masa lapang..mana tahu terlambat plak baby nak kuar
15. Makanan pemberi tenaga spt. air kotak milo dan coklat

List Keperluan sepanjang berpantang:

1. Set bersalin (Saya dah beli Leesa Formula. Malas nak buat research pasal jenama lain. Kekalkan je la sama macam bersalin anak sebelum ni. Kalau dulu saya beli complete set tapi kali ni beli set A je, tanpa tungku, bengkung dan teh herba. Ia mengandungi tablet haruan (pagi), tablet perawan (malam), krim halia, minyak telon dan krim nak rampingkan perut :-))

2. Bengkung (

3. Tungku

4. Mandian herba

5. Pam susu ibu

6. Bekas simpanan susu ibu

7. Stoking tebal

8. Pad secukupnya

9. Pencuci / ubat untuk merawat luka kelahiran

Checklist Kelengkapan Bayi


Skrang ni memandangkan masa byk terluang sbb doc suh berehat byk2. so mula la ready2 ape yg perlu utk menyambut ketibaan baby baru nanti. ni ada some check list yg sy baca kat blog kawan ni. maybe bleh digunakan dlm preparation utk barang2 baby.

Meh kita check mana yg dah ada and yg perlu dibeli setakat ini :)
Clothings:

1. Baju lengan panjang
2. Seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Seluar pendek
5. Rompers
6. Legging
7. Topi
8. Sarung kaki
9. Sarung tangan
10. Tummy binder (barut perut moden)
11. Receiving blanket (selimut yang ada penutup kepala)
12. Swaddling blanket (selimut baby yang ada porch - berfungsi sebagai bedung baby)
13. Kain bedung

Changing & Diapering:

1. Lampin pakai buang
2. Lampin kain moden (Cloth Diaper) - turun temurun daripada kakaknya :-)
3. Nappy liners (pelapik untuk digunakan bersama CD)
4. Tisu basah - beli 2 pek tapi dah tinggal 1 pek..dah rasmikan dulu :-)
5. Pelapik untuk menukar lampin (changing mat)

Mandian & penjagaan diri:

1. Tab mandian bayi & pengalas tab - turun temurun daripada abangnya
2. Tuala muka - beli 5 helai dah tinggal 2 je sebab 3 lagi kakak buat main :-)
3. Tuala mandi
4. Mandian bayi - beli yang top to toe, senang.
5. Bedak bayi
6. Losyen bayi
7. Minyak bayi
8. Minyak telon
9. Pemotong kuku
10. Thermometer - untuk pantau suhu badan baby
11. Cotton buds

Tidur:

1. Katil bayi
2. Tilam
3. Bantal
4. Selimut
5. Bantal panjang / bantal peluk
6. Bouncer

Penyusuan:

1. Pam elektrik
2. Bekas simpan susu ibu - plastik & botol
3. Cooler bag
4. Ice pack
5. Steriliser - turun temurun
6. Warmer - turun temurun
7. Botol susu bebas BPA & puting
8. Bottle cleanser
9. Bottle brush

Travelling Necessities:

1. Stroller
2. Car seat
3. Baby Carrier

1. Bag baby
2. Krim / bedak ruam lampin

Mandi Wajib Selepas Bersalin

Ni ada soal jawab tentang mandi wiladah selepas bersalin..for info je :)

Pertama:

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Sumber : http://soaljawab.jais.gov.my/

Kedua:

Perlu mandi wajib selepas bersalin

SOALAN

SAYA ingin tahu mengenai mandi wajib selepas bersalin. Selepas berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau menunggu sehingga habis pantang?

Seperkara lagi, jika suami ke luar kawasan hingga berbulan-bulan, berdosakah seorang isteri melakukan onani untuk menghilangkan stres daripada melakukan zina dengan orang lain?

KELIRU,
Sabah.

JAWAPAN

SEBAB mandi wajib yang membabitkan wanita sahaja ialah keluar haid, kerana bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).

Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati semua. Syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi wajib apabila melahirkan anak.

Mazhab Hanbali berpendapat tidak wajib apabila tidak keluar darah. Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak.

Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.

Mengenai onani, kebanyakan ulama menyatakan ia haram dan berdosa. Ini berdasarkan ayat al-Quran berkenaan sifat seorang mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukminun (23): 5-7).

Bagaimanapun menurut pendapat mazhab Hanbali, onani dibenarkan dalam dua keadaan iaitu takut melakukan zina dan ketiadaan cara untuk berkahwin, contohnya miskin dan sebagainya. Hanya keadaan seperti ini onani dibenarkan terutama apabila syahwat memuncak yang mengarah kepada zina (Qaradawi 1995: 170-71).

Jalan terbaik dalam menangani masalah ini ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah terutama amalan solat berjemaah dan berpuasa sunat. Puasa dapat mendidik diri supaya mengawal nafsu, disiplin diri dan mengawal maruah diri.

Rasulullah s.a.w pernah menyarankan kalangan pemuda supaya berkahwin agar dapat menjaga maruah diri sekiranya berkemampuan.

Sekiranya tidak mampu, mereka digalakkan berpuasa. Puasa dapat mengawal diri daripada terjerumus dalam perkara maksiat.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/FikrahDrSalam/

Versi kedua.. pendapat yang mengatakan tidak wajib mandi..

Pertama:

Soalan: Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan:

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:00 PM

Sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Kedua:

Soalan:

SAYA ingin bertanya berkenaan mandi wiladah. Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak melakukan mandi wiladah sebaik saja melahirkan anak? Adakah amalan yang dilakukan seperti solat dan puasa itu sah?

NOR
Johor Bahru

Jawapan:

Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas atau basah dengan darah termasuk wanita yang mengalami keguguran.

Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.

Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan membolehkan kita bersolat.

Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.

Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Cara Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

!Just nak share and take note...so nanti leh refer blog..hehehe.!

Cara Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahirananak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta
banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr. Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 : Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari
gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan. Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran : Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan) ". Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan
maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. Memberikan nama yang baik. Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke
arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih. Mengaqiqahkan anak.Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,diberikan nama dan dicukur rambutnya".
Riwayat abu Daud.

Monday, September 5, 2011

Raya AidilFitri 1432H/2011

Salam Aidilfitri semua kawan-kawan dah saudara mara dan maaf zahir batin. Raya thn ni nyaris2 saya akan beraya di hospital..tp alhamdullilah berkat doa..Allah makbulkan juga. dapat la saya beraya dgn suami dan anak tercinta bersama keluarga mertua di penang. tragis la gak klu kenang2 kan..haha..

Tp raya ni x pergi jalan mana pun since doktor advice berehat je kat rumah. berkorban gak la jejalan raya tu. xpe next year kita double jln raya ye. hehehe. walaupun mcm tu seronok gak sbb ramai sanak saudara dtg ke rumah mertua..so ada gak la rasa suasana hari raya yg meriah tu. kuih muih pon byk..rendang, dodol, mcm2 lagi masakan raya yg sedap2 mak mertua dah masak. dpt la rasa semua nye. Skrang ni tgh dok berehat2 sambil kerja di rumah. hopefully semua nye dipermudahkan oleh Allah. amin.

Jom layan gambar sekitar raya...x byk pon kami bergambar sbb mood raya dah separuh kot skrang ni..more memikirkan pasal nak bersalin nanti :). siap2 sume brg baby..baju2 kecik adam pon dah basuh sume..sbb nak pakai semula pada baby..so xde la membazir sgt kan. skrang sume dah prepared sbb takut anytime leh bersalin kan. so better prepare awal2 senang nanti. ermm..lupa lak nak citer..hehe..thn ni dapat la mummy adam ni berpuasa penuh sebulan. tanpa tgl satu hari pun. sgt bangga dah puas hati walaupun mcm2 dugaan. :)











Sunday, September 4, 2011

Admitted

Admitted in hospital putrajaya due to placenta previa stage 2.

~Day 1 (Tuesday, 23 August 2011)
Hari ni ada check up dgn pakar kat hospital putrajaya berkenaan Placenta previa. Lepas je hantar adam ke sekolah, terus ke hospital putrajaya. Sampai kat sana tepat kul 8 pagi, dah la hujan renyai2 pulak. Pastu ambil nombor..tunggu punya tunggu pukul 10 baru dapat jumpa doctor. Then after checkup..doc confirm yg aku ada placenta previa stage 2. So terpaksa la ditahan di wad. Tp masa gi buat daftar, tiba2 xde plak wad. So dia suh book and blk dulu then pihak hospital akan call kalau ada wad kosong. So aku pon pulang. Sebelum blk tu gi jumpa doc jaemeaton dulu mintak advice. Tp based on doc komplikasi aku ni mcm critical gak..so dia suggest suh duk and masuk je wad. So dgn redha aku pon masuk la wad dlm keadaan keterpaksaan. So bermula la kehidupan ku di dalam wad ini.

~Day 2 (Wednesday, 24 August 2011)
Perasaan rindu kepada anak dan suami sgt la tinggi. Rasa mcm nak lari je dari wad. Tp ku kuatkan semangat dan kesabaran. Nasib baik ada kawan2 kat wad ni yg baik dan peramah. So x la rasa boring sgt. Nurse2 kat cni pon friendly gak. Keadaan wad pon bersih dah memuaskan. So bertahan la aku sampai ke petang. Masa time berbuka tu abg dtg bwk nasi bungkus and berbuka dgn ku di wad ni. Rasa la pengalaman baru disini.

~Day 3 (Thursday, 25August 2011)
Walaupun terasa bosan tapi dapat la aku melihat macam2 jenis dugaan yg diterima oleh ibu yg mengandung dan ingin melahirkan anak. Ada yg mudah dan ada juga yg menghadapi bermacam2 dugaan. Tp dgn sokongan keluarga, nurse, doc dan kawan2 mereka dpt tempuhi dugaan itu dgn kesabaran yg tinggi. So dgn ini meningkatkat lg kesabaran ku utk meneruskan hidup tgl kat wad ni demi anak tercinta didalam kandungan. Walaupun in deep of heart terasa sgtla rindu kat anak sulung ku adam. Tp ku kuatkan semangat demi kebaikan kandunganku. Moga Allah permudahkan kelahiran anak kedua ku ini dan moga uri ku akan naik ke keadaan normal, so dpt la aku berehat di rumah sahaja dan x payah tgl kat wad nil g. amin.

~Day 4 (Friday, 26 August 2011)
Masa berjalan terlalu pantas. Pejam celik dah 4 hari aku kat hospital putrajaya. Dah 2 kelahiran baby yg aku lihat dan dugaan ibu yg melahirakan baby tu pon berlainan. Dua-dua telah overdue, tapai sorg tu baby dia songsang so terpaksa juga la di operate. Sorang lg tu pembukaan dah buka 7cm tp disebbkan heart beep baby dah slow so terpaksa juga di-operate. Besok akan ada lg satu kelahiran baby dan kes ibu ni pulak..dia mengalami nasib sama dgn aku iaitu PP stage 2 tp dia jugak mengalami hight blood pleasure so baby x dpt makanan dari ibu so terpaksa jugak la di operate dlm keadaan kandungan baby 36week. Then baby dia berat x cukup Cuma 1.55kg je. Then terpaksa masuk NICU akubator. Tp adik ni seorg yg tabah. Ahad nanti dia akan discharge, so mungkin aku akan lebih boring la nampaknye.

~Day 5 (Saturday, 27 August 2011)
Hari ni aku bertambah bosan duduk kat hospital ni. Dan decides nak mintak blk besok or isnin utk blk beraya. Nasib baik doc benarkan tp kena sign surat dimana doc xkan bertanggungjawab kalau ada ape2 yg berlaku ke atas pesakit. Xpe la rasanye. Ok kot kan. Kita tunggu ape yg berlaku besok..hehehe. discharge ke x aku ni. Aduhai..hehehe.

~Day 6 (Sunday, 28 August 2011)
Alhamdullilah setelag 4 org doctor aku mintak premission utk keluar, atlast dr azmi benarkan. tp dgn syarat raya kedua kena masuk wad blk. Tp sbb confident xde ape akan berlaku, aku dan hubby pon decide blk penang and berehat kat sana sbb klu kat rumah xde org nak jaga, then adam lg kan. so blk la penang atleast ada mertua and adik ipar tlg jaga adam. lepas kuar wad ari tu kami trus ke darul syifa jumpa ustad and buat air skit then trus je blk penang. sampai je penang trus refer specialist maternity and doctor advice rest kat rumah. tp doc bg mc seminggu je..so ari ni start la keje blk. so td dah mintak apporval dari manager untuk working from home until bersalin and manager approve.

Skrang ni hanya berdoa moga uri ni naik pd keadaan normal so bleh la bersalin normal dan allah pemudahkan urusan bersalin dan mengandung ku ini. amin.