Monday, May 23, 2011

Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Pagi2 ni..bukak2 email terbaca satu email dari ofismate memohon derma atas permegian anak Nizam(sorg lg ofismate) yg anaknye terlibat dalam nahas tanah runtuh sabtu lepas. Terus terpaku sebentar. Tak sangka rumah anak yatim tu yg di heboh2 kan sebelum ni sebab nizam tu adalah AJK kat skolah ni. so dia slalu la bg email klu ada ape2 anjuran..and klu nak menderma or nak join activity anak2 yatim ni. serius x terpikir nama rumah anak yatim ni yg dimaksudkan oleh nizam. And nak jd cerita, anak dia nama 'Fahad' pon terlibat dlm nahas tu. anak dia join activity kompang dan nasyid bersama penghuni lain anak-anak yatim kat situ. dan adik nizam pon adalah guru pembinbing kat skolah tu. adik nizam tu cedera..tp dpt diselamatkan. sedey kan. Muhammad Fahad baru je berusia 9 tahun. terkejut sgt dgn berita ni.

Dan patutnye kitorg ari tu akan ke rumah anak-anak yatim ni bg keje2 amal untuk makan tghari bersama meraka. tp x kesampaian sbb diorg ada activity lain pada masa tu. kalau x lg la menyayat hati ku..sebak..aduh.




Gambar ini di ambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh membabitkan anak-anak yatim & pelajar Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.. lihatlah wajah jernih mereka.. moga Roh mereka yg. terkorban di cucuri Rahmat.. Al-Fatihah...
- Gambar Ehsan IsmaJannah.

Semoga mereka yang pergi,roh-nya ditempatkan dikalangan para solihin dan syuhada... Takziah buat ahli keluarga,warga pendidiknya serta rakan sahabat yang terlibat....Sesungguhnya seluruh kita bersama dalam ujian ini.

Sesungguhnye mati itu pasti, sedangkan hidup ini sementara 'InsyaAllah'.. Takziah untuk semua ahli keluarga mangsa.. terutama Muhammad Nidzam Sulaiman...Moga roh2 mereka ditempatkan bersama org2 beriman..Amin!

Ikea Meatball Tak Halal?

Glurppppppp...telan air liur. Tetiba terbaca status sorg member kat FB. kata nye ikea meatball x halal and ada plak article ckp brg2 ikea kena samak. uishh..btul ke citer ni. tp kenapa baru skrang heboh nye. aduhai..aku dah telan dah meatball tu camne ni. and brg2 ikea kat umah ni camner..takkan nak samak or buang. Ada satu info tu ckp "Ikea Meatball adalah tidak halal dan mengandungi daging babi, dan premis tersebut tidak pernah meminta pensijilan halal untuk foodcourt tersebut." ermm..macam2 kan sekarang ni.


Gambar sumber Eyriqazz


Resepi Meatball plak kata sumber ni...cuba tengok bahan-bahan yang digunakan:



Tapi ape nak buat dah masuk dlm perut pon. mintak2 Allah halalkan la ape yg ku makan ini..Amin!

Thursday, May 19, 2011

Baby check up @ 17 weeks~

Ni last week nye update. sbb masa x mengizinkan, so terlupa nak update entry pasal baby check up minggu ke-17. kali ni aku pegi check up bawak adam skali. seronok dia tgk baby dlm perutku. alhamdullilah, menurut doktor perkembangan baby normal dah dlm keadaan baik. aku cuba tanya doktor kot-kot la dah nampak jantina, dan andaian doktor kata lebih baik kita pastika next month check up. sbb nye baby terlalu kecik lagi..so blom leh nampak lg jantinanye. dan baby ni plak mcm pemalu orgnye..hehehe..dia xmo tunjuk. so next check up la kita confirm kan ye. blk dr check up tu aku ajak abg pegi fabulos mom kat puchong, since skrang ada promotion sempena mothers day sampai 31st may ni. so ada beberapa brg baby yg aku grab. tp yg dahsyatnye...yg aku beli tu sume warna2 utk baby gurl..haha. sbb cute2 sgt. so x kisahh la..klu baby nanti lahir boy..aku pakaikan juga. haha.

And lg 2 minggu, aku akan fly ke jakarta and bandung..horayyyyy. holiday mood dah sampai. mls dah nak wat keje. nak bercuti and jejalan plak. :)

Wednesday, May 18, 2011

Convocation di UITM Shah Alam

Semalam adalah hari convocation adikku yg bongsu aka dikman. so kami pon pergi la beramai-ramai bagi memeriahkan dan meramaikan lg perkarangan konvo uitm shah alam ni. hehe. yg best nye kali ni konvo tu di adakan di dewan baru. sblm ni sume konvo di buat didewan budiman yg sempit dan kecik. tp dewan baru ni agak besar and luas, cuma x tahan nye kene plaks naik tangga sampai 3 tgkt tu. x munasabah btui..kesian ibu bapa yg dah tua2 tu dok naik tangga yg byk sampai sakit kaki.
Tp alhamdullilah sume nye berjalan lancar. dikman pon dah selamat amik scroll nye. hehhe..tp masa aku dulu lg best la sebab dpt amik scroll dr canselor sendiri iaiti agong kita..sultan Mizan. dikman smlm cuma pro-cansellor je yg bg sbb dia baru degree..hehe klu nak merasa agong bg sila la sambung master ek. ok la..jom tgk gambar2 sekitara convocation smlm:







dan x ketinggal..anak-anak comey ni..mesti ada ..ehehe:


Wednesday, May 11, 2011

Tips Mendidik Anak~!

Tips Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yan g penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on" cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-


Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Monday, May 9, 2011

Meraikan hari Ibu buat mak tercinta~~HAPPY MOTHER'S DAY!

Sempena hari ibu 8 May 2011, kami adik beradik sepakat utk membawa mak jalan-jalan melaka dan bermalam di hotel mahkota. Sebabnye mak memang suka pergi melaka and ada skali tu memang request nak bermalam kat sana. so kami pon tunaikan la sempena hari ibu ni. kami pergi melaka hari sabtu and check out hari ahad. seronok gak jejalan melaka ni. sempat la gak naik menara taming sari utk melihat keindahan bandar melaka, and naik beca mengelilingi bandar melaka. then ahad tu bwk anak buah yg beriya2 nak gi muzium melaka..hehe. then sebelum pulang singgah menjamu selera pekena asam pedas melaka.











Sunday, May 8, 2011

Potty training: is my child ready?

Rasanye dah time utk ku potty training adam. So mulai hari ni..nak start ajar adam ke toilet bila nak syisyiiiiiii..hehe.
Ni ada tips utk mengetahui samaada anak kita dah ready utk potty training. and almost semua ciri2 tu dah ada kat adam. i think adam dah cukup bersedia for it. so nak try la..hehe. hopefully mudah la nak train adam dgn jaya nye :)

From Babycenter:
It probably seems like just yesterday that you changed your baby's first nappy, but before you know it, she'll be ready to start potty training. While there's no magic age at which a child is ready to start using the potty, most toddlers will develop the necessary physical and cognitive skills between 18 and 24 months of age (though some aren't ready to start until they're as old as four). Use the checklist below to keep track of your toddler's progress toward readiness.

You don't have to wait until you've checked off every item to start training; rather, look for a general trend toward independence and an understanding of what it means to go to the bathroom like a grown-up.

Your child may be ready to start potty training if she:

• Has regular, soft, formed bowel movements [Me: yup..]
• Can pull her pants up and down [Me: yesza..adam dah pandai bukak seluar sendiri..pamper pon pandai bukak sendiri skrang ni..:)]
• Imitates others' bathroom habits (likes to watch you go to the bathroom, wants to wear underwear, and so on) - [Me: yg ni blom lg la. maybe blum expose dia dgn underwear]
• Makes a physical demonstration when she's having a bowel movement (such as grunting, squatting or telling you) - [Me: yes, semestinye..klu po-po..of coz. hehe]
• Has words for stool and urine - [Me: adam dah pandai ckp "yak..yak"]
• Can follow simple instructions (such as "Give me the toy.") - [Me: adam memang dah pandai mengikut arahan, sbb ibu and abah dia selalu suruh dia buat itu ini..hehe. cth "adam tlg buang dlm tong sampah" "adam letak baju dalam bakul" "adam amik remote tu..bg kat abah"..hehe]• Understands the physical signals that mean she has to go and can tell you before it happens - [Me: yg ni x sure..sbb kekadang ok..kekadang tu x kot..hehe]• Dislikes the feeling of being in a dirty nappy - [Me: memang pon..klu yak..cepat je dia ajak masuk toilet]
• Has "dry" periods of at least three or four hours (this shows her bladder muscles are developed enough to hold her urine in and store it) - [Me: yup betul..kekdang tu la]
• Isn't negative about everything - [Me: x paham la..ape ni]
• Understands the value of putting things where they belong - [Me: adam memang pandai dah..klu amik buku..lepas dia baca..dia akan letak blk kat tempatnye :)]
• Demonstrates a desire for independence - [Me: boleh kot]
• Can walk and sit down - [Me: yes..can]

Adam~21 months already

Counting days for Adam turning to 2 years....bulan ni adam dah genap 1 tahun 9 bulan. so x lama lg dah nak masuk 2 tahun.

From Babycenter:

When your child was a baby, she decided when she would eat, sleep and play. And though it may seem ironic, now that she's older and more independent, it's time for you to take charge of her daily schedule. Toddlers thrive on routine; establishing a set time for eating, getting dressed and going to bed can help yours feel more secure and in control. It will also make your life easier! She'll come to enjoy daily routines if you inject some fun into them. Let her help make lunch every day at noon, for instance, or choose a story to read before her afternoon nap.

Helps around the house

Your 21-month-old is probably interested in rearranging furniture, assisting with housework, as well as using her own play shelves, table and chairs. She might also be able to put on her clothing, wash and dry her hands, or brush her teeth with help.


Is she ready for toilet training?

Some time after her 18th month and probably before her second birthday, your toddler will be able to recognise when she is going to urinate or have a bowel movement. You'll also notice signs that your child is about to eliminate -- she might crouch down, move away or turn red. But even after she realises what's happening, she isn't necessarily ready to use her potty. To see if your child is ready for toilet-training, check out our signs of toilet training readiness.


Wants to do it her way

Along with tantrums and exploration, you can expect your child to want things done her way. This is a sign that she is growing up and feels secure enough to want to manage for herself. Respect your toddler's preferences and interests, and try to give in on the little things, like whether she wants jam or kaya on toast or which baju or blanket to use. Make it clear that some things -- like behaviour that affects safety -- are not up for negotiation.


Make and keep routines

Some famililes find that establishing -- and sticking to -- set times for eating and going to bed can help some toddlers feel secure and in control. Routines can also make your life easier. If your child knows what to expect every day, you'll probably encounter less resistance. A regular way of doing things can also mean that you don't have to take time to plan each day separately.

Tuesday, May 3, 2011

Wedding 1 May 11

Last weekend..adalag wedding kakyaya. meriah sekali. kami blk penang jumaat mlm. jalan sgt x jem langsung. sampai penang dalam pukul 12. hari ahad gi wedding kakyaya. kononnye nak pegi awal nak tgk akad nikah..alih2 x kesampaian sbb tunggu member dari kedah yg sampai lewat skit. so sampai umah kakyaya kul 12 and kakyaya dah pon selamat jd bini org..hehe. sampai2 je pengantin tgh siap2 utk bersanding plak dlm kul 1. so kami pon duduk2 borak2 la dulu sambil tunggu giliran nak mkn. sbb para suami gi mkn dulu..so kena la kami jaga anak2. sbb cuaca kat luar panas so mls nak bwk baby kuar berpanas kan. baby kawan tu pon x sehat. so dlm kul 1 pengantin lelaki tiba..sgt happy nampak kak yaya. :) i'm happy for u too!. lepas mkn and tgk kakyaya bersanding kami pon bersurai la..sbb cuaca sgt la panas. x tahan nak dok lelama..jom layam gambar2 yg sempat kami snap..











Vedio'sssssssss

hehe..saje nak upload vedio adam..enjoys!