Sunday, February 27, 2011

No mood ~ team lead nak say goodbye!

Xde mood nak wat keje la hari ni.aduh. tetiba terpikir klu team lead ni dah resign camno la klu ada big2 issue. slalu dia la tempat kitorg tanya and buat discussion. since xde boss yg lebih besar yg boleh di bawak berbincang hal2 technical ni. sume bos lelain tu management je. so ape la nasib kami nanti ni..bored~~~..ingat kan dia akan di counter offer then maybe x jd la dia say good bye..last2 td dia informed ACS x counter then dia kena la pergi..aduh..sesak nafas skit. dah la aku ni baru dlm team ni..byk lg experience dia yg lom aku absorb..byk lg tu. team lead aku ni terror..dah experince byk thn..6 years kat ACS...so imagine la experince dia..sure byk kan. tp nak wat camne..tu dah keputusan dia utk beralih enviroment and learn something new. ermm..maybe aku pon perlu mengikut jejak langkah ni..xmo la stay lelama kat cni..aduh..keje..ooo..keje..kosong..dimana kamu..nak resign gakss!@

Celebrating birthday abah yg ke-65

Smlm..kami pon pakat2 la nak celebrate birthday abah yg ke-65. Masak willing nak masak-masak..so kami cuma tolong2 sediakan bahan je. My hubby plak volunteer nak masak ikan siakap stim. sedap sgt. thanks sayang..hehhe. adik plak gi beli fruits cake fav mak n abah. memula ingta nak beli cake ice krim or secret recepi..since mak n abah x suka mkn cake mcm tu..so kitorg pon decide beli cake yg mereka suka je la. mak plak masak menu-menu ini :---masak lemak cili api ayam kampung dgn pucuk pegaga, ikan bakar, and kami beli fruit cake from bakers cottage. Abah nampak happy sgt. sebenarnye bukan setiap thn pon kami celebrate birthday abah ni. lama dah x celebrate..since aku tetiba rasa mcm nak sambut..so aku pon cadang la kat adik beradik suh gather kat umah and celebrate birthday abah tp kecil-kecilan je..bias kan..hehe..sbb slalu klu birthday mak mesti celebrate kat hotel..hehe..maybe sbb mak kan lg special as a "IBU". untung tau jd ibu2 ni..hehe..sbb sy dah bergelar ibu..so rasa mcm beruntung la ek..hehe. ok la..ni ada gambar skit..












Thursday, February 24, 2011

Burger idaman kalbu...

Nak citer pasal fav adam yg satu ni..iaitu BURGER. Dari dlm perut sampai sekarang..memang fav adam is burger. kalau dpt burger..satu tu pon dia bleh abis sesorg..best je tgk dia mkn. Then rabu lepas masa gi giant tetiba abg berhajat nak masak burger, katanye dah lama x mkn burger masak sendiri kan. Almaklum la..masa aku mengandung adam dulu..selalu sgt abg masak burger..so dia ter flash back la kot tu..hahaha. so mlm td pon bermula la masak burger nye itu..wow..sungguh nyummy..mkn kenyang sampai pagi..hehe. Adam pon seronok sgt mkn. x toleh kiri kanan dah..tgk je la gelagat dia mkn burger ni..ni 1st time dia mkn burger buatan abg sendiri..hehe..slalu beli kat kedai je.

meh tgk burger2 ni..meleleh air liur..nyummm...










Wednesday, February 23, 2011

How to Get Pregnant With Twins Naturally~~~

1.1
Be familiar with your family history. Twin births tend to run higher in certain blood lines than others. It is also know that twins tend to skip a generation. So if your grandparents had twins, there is a good chance that you will be able to conceive twins as well.

2.2
Put on a few extra pounds. Women that are a few pounds overweight are more likely to give birth to twins. However, don't stuff yourself to a point where you are unhealthy. This will only decrease your chances of having twins.

3.3
Eat a diet high in dairy products. Dairy has been shown to increase twin conceptions by 7 times the normal rate.

4.4
Add wild yams to your diet. Studies show that cassave, a type of sweet potato or yam is a form of progesterone which is a hormone involved in the female menstrual cycle. The skin of these yams are believed to contain a chemical that causes hyperovulation.

5.5
Wait until you are in your mid to late 30's. Studies show that women in this age range are more likely to conceive twins naturally.

6.6
Have a lot of kids. No Ocotomom stuff, but the more kids you have, the greater your chances of conceiving twins are mathematically.

Kelebihan pelukan suami isteri~

Wah..peluk pon ada khasiatnye ni..hehehehe~ meh baca!

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.



Tuesday, February 22, 2011

Ciri-ciri wanita hamil

Salah satu sifat wanita hamil yg paling ketara yg berlaku padaku sekarang adalah hati terlebih sensitif...uwaaaaa..x suka la perasaan ni. kalau ada je benda yg salah and secepat kilat hatiku terguris dah trus berdiam diri..kadang berlarutan merajuk tu sampai lebih sehari. mcm mana ye nak tanganinye. sbb kalau x mengandung rasa nye klu ada benda salah mesti aku akan marah kejap je..then wat bodoh blk. aduh..kalau mcm ni susah la..kesian plak kat adam, terpaksa tgk aku dlm keaadaan mcm ni.

masa search kat internet td terbaca satu article ni:

Ciri-ciri kehamilan setiap wanita tidaklah sama. Bahkan adapula yang tidak merasakan keanehan-keanehan selama hamilnya. Menurut dr. Sofani Munzila, SpOG dari RS. Mitra Keluarga. Depok, ada beberapa ciri yang mungkin dialami oleh para calon ibu yang sedang hamil, di antaranya :

1. Morning Sickness
Biasanya berupa mual dan muntah di pagi, siang dan sore hari pada kehamilan trimester pertama.

2. Sering buang air kecil
Keadaan ini berlangsung dalam 2 periode,yaitu periode hamil muda dan periode hamil tua.

3. Perut membesar
Disebabkan adanya pertumbuhan janin, Pada kehamilan 20 minggu bagian teratas rahim sejajar dengan pusar. Sebagian wanita mulai mengalami pembesaran perut pada kehamilan 16 minggu.

4. Sakit perut bagian bawah
Perut akan terasa lebih kencang seperti mau BAB (Buang Air Besar). Akan dirasakan pada kehamilan 16 - 18 minggu akibat kontraksi.

5. Payudara kencang dan membesar
Perubahan ini akan dirasakan pada usia kehamilan 3 bulan. Puting dan sekitarnya akan semakin berwarna gelap dan membesar.

6. Kaki dan tangan membengkak
Hal ini disebabkan karena adanya perubahan volume darah yang otomatis akan bertambah 2 kali lipat untuk memenuhi kebutuhan janin sehingga beban jantung bertambah berat.

7. Lebih sensitif
mudah marah, cemburu, menangis, malas dandan atau malas beraktivitas. Hal ini disebabkan karena produksi hormon progesteron dan estrogen yang cenderung naik turun.

8. Sulit berkonsentrasi

9. Perubahan kulit
Timbulnya flek-flek hitam di wajah dan lipatan tubuh. Hal ini dsebabkan karena adanya perubahan hormon.

10. Pertumbuhan rambut dan kuku
Perubahan hormonal akan menyebabkan kuku akan tumbuh lebih kuat dan rambut akan tumbuh lebih banyak

Monday, February 21, 2011

aaa~baa~taa

Mlm td aku ada conference meeting. siang tu masa pergi ofis lupa plak nak bwk hp..so x aware pon abg misscall and send sms kata dia kena ke ipoh. end up mlm td terpaksa la ber-meeting bersama adam ye. aduh..hura hara rasanye. bila kita nak ckp tepon..dia pon nak ckp nama dia la..itu la laa..aalala. then bila kita nak tgk slide kat laptop..dia pon nak tekan2..nak taip2. aduh. last2 aku dpt idea. aku amik laptop..bwk jauh ke satu sudut kat ruang tamu and bukak vedeo alif baa taa. so adam excited la tgk vedio tu walaupon bising gak la..sbb dia pon follow kakak and abg2 tu dok baca alif ba taa. atleast dia x kaco aku in the meeting. so terpaksa la meeting tanpa laptop. so main redah je la. and lepas je meeting aku pon pegi la tgk adam dgn laptop ku itu..bayangkan tetiba..youtube tu dah jd print screen then ada keluar coding html...hahahahahaa.......adammmmmmmm..ape yg adam tekan ni. aduh..mcm2 la adam ni..hahahha.. pukul 10 mlm br abg blk..and bwk tomyum..tp masa ni br je adam masuk tido..so bleh la kami dinner dgn tenang. :)



~: Deco-Deco and Wall touch up!

Lupa nak citer pasal deco-deco last weekend. Since weekend lepas x pergi mana2, then abg dgn rajin nye meng-offerkan diri utk mengecat rumah. tp bukan cat sume rumah..cuma konon nak buat picture wall la...ahahhaha...so sabtu tu kami pon pergi la mencari cat warna PINKY..heheh.... tp sesi mengecatnye pada hari ahad. se-awal pg lagi dah bgn siap2 angkat brg sume. and my love adam pon bgn awal..tau2 je dia pon nak join. so kelam kabut skit la almaklum la adam dah start nak join kan...hahaha. then abg decide aku bwk adam masuk blk and mandi serta bg adam susu. niat di hati bila lepas dia susu mungkin boleh continue tido..tp tidak ye. dia segar bugar dah ajak aku main plak. sbb perut dah lapar aku pon keluar gak la blk and masak mee. abg plak dah abis mengecat separuh wall. lepas mkn mee. aku bwk adam masuk blk semula and abg pon continue la mengecat sampai aku terlena dgn adam di dlm blk..haahah..dahsyatt sungguh. then bgn je trus aku ke dapur utk masak..menu hari ni nasi ayam ala kadar...haha..x cukup bahan, salad and timun xde. so mkn je ape yg ada. lepas mkn..since abg pon dah siap mengecat..kami pon angkat blk perabut and susun atur. start la deco-deco kami. konon nye abg nak bwk adam mandi swimming ptg tu..tp sbb ujan..so layan dia main bola dlm umah yg baru siap deco2 ni la..heheh..

sila la tgk hasil kami ni ye:









and ini dia budak yg excited nak join deco-deco bersama kami...hehe..sebok tul. adam skrang pantang nampak camera..excited dia nak buat peace nak sengih2...heheh


Sunday, February 20, 2011

Adam bakal dpt adik!

Since abg dpt tau result UPT yg aku buat sendiri ari tu..boleh di katakan tetiap hari dia ajak gi klinik utk reconfirm. hahaha..cuma aku je refuse sebab nye rasanya terlalu awal. so smlm aku pon setuju la nak gi klink. And lepas doktor amik ujian aku tu..and doktor reconfirm..~POSITIF~ tahniah...sempat lg doktor berseloroh.."oo..adam nak dpt adik dah ye". seronok plak rasanye bila tgk doktor ckp camtu kat adam..hehe. bila kuar klinik je ..abg senyum lebar. happy sgt kot sbb memang kami memang plan dah utk dpt 2nd baby. Alhamdullilah..moga Allah memberi kesihatan yg baik buat kandungan ku.

ok..ni nak citer plak pasal mkn2 kat "RED WOK" kat bangi, makan buffet steamboat. best gak..mkn sampai kenyang. tp sbb mkn 2 org so rasa mcm full sgt. tp tip top la..choice dia pon byk.




Wednesday, February 16, 2011

Uh~good job sayang :)))

Aduh..sempena aku tgl ngan adam je smlm..seperti yg dirancang..hehe. lepas je abg bertolak ke penang, adam having dinner and trus tertido lepas abiskan sebotol susu. maybe dia penat or boring sbb xde abah dia nak layan dia main bola..hehe. so pokul 8 trus adam terlelap depan tv. aku pon sempat la mengemas rumah and melipat baju. lepas tu tgk tv sampai kul 10 and trus masuk tido gak. senang btul mlm td..adam plak x bgn pun mintak susu mcm selalu..pukul 5.30pg baru dia bangun. tu je la sekali dia minum susu and trus tido blk. and tepat kul 7pg dia bgn..sempat lg wat lawak ..heehe..main2 babacakkk! pastu aku saje je la tunjuk gambar baby..trus dia babacak baby lak..pandai btul adam sebut 'baby'. maybe kat school dia ada baby..tu yg pandai tu.

Then lepas abis masak sup and nasi tuk adam bwk ke school, aku masuk bilik air and mandi. memula memang dgr la adam ketuk2 pintu blk air..then aku pon buat2 la berbual dgn dia supaya adam x nangis..then adam senyap je..x dgr dah ketukan nye. dlm hati rasa lega la skit. so leh la mandi dgn aman. bila kuar blk air je.."astagfirulluahalazim..." adammmmmmmmmm..main bedak ala-ala snow gitu, patut la senyap. adam..adam..satu keje plak ibu nak mengelap bedak pepagi buta ni. abis satu bdan dia letak bedak..haha. aku memang x sempat pon nak mandikan adam so trus je bwk adam dgn penuh bedak kat badan tu ke school. teacher ckp wangi nye adam dah mandi ke..ahahahha..aku pon ketawa besar la..the story la kat teacher dia..senyum je teacher..aduh. adam..adam..god boy btul la.!



Outstation lagik?

Isk..bosan nye..br kejap abg call kata dia kena ke penang ptg ni. maybe blk kejap mandi2 and trus bertolak. so mlm ni tglkan kami berdua..x suka nye. seb baik gi satu hari je. tp still x suka..adui..
mlm ni nak ajak adam tido awal la. klu lelambat nanti dia wat perangai lak..susah nanti..hehe.

Tuesday, February 15, 2011

Tiba-tiba anak menjadi terlalu manja?

Topic ni di utarakan sbb, skrang ni adam act terlalu manja. slalunye kalau main dia x kisah pon kalau aku xde kat sekeliling dia. tp lately ni..dia nak aku duduk 24hours kat sebelah dia. then selalu sgt merengek2 nak dukung..iskk..drastik btul perubahan adam ni..setahu aku memang adam x suka didukung sbb dr kecik memang aku x ajar dukung. kalau nak tido plak mesti nak aku tido kat seblah dia..klu aku bgn je mesti dia akan turut bgn and ikut je mana aku pergi. ini kah simptom2 adam nak dpt adik ek? lg satu kalau kita marah kat dia kan..dia bleh tenung je muka kita..mcm raih simpati..aduhai..adam2..memang menguji kesabaran sungguh. dgn si abah nye xde plak dia act mcm tu. dia bo-layan je kat abahnye itu..sampai abg ckp "anak ibu"...hehe.aku tau..tu ayat jeles sebenarnye..wakakaka. xpe la..meh kita tunggu lg seminggu dua ek..and then leh la gi check up betul ke adam nak dpt adik. sebenarnye aku dah pon buat pregnant test sendiri and resultnye adalah positif..tp mcm samar2 je line yg kuar.


so still hope la..moga2 dpt la baby kedua..hehe. adam pon dah besar so time utk tambah ahli family ek.

Sunday, February 13, 2011

Choosing Bed design for Adam ~

Hehe..topic yg sgt menarik. maklom la excited tgh buat pilihan nak beli katil buat anak bujang ku ini. Sebab masa adam sethn ari tu..abg pernah janji nak belikan katil tuk adam. Tp since masa tu rasa mcm x berbaloi kot beli katil for adam sbb mesti adam xmo nye tido sesorg..so kami sebulat suara membuat perjanjian..akan membeli hadiah katil for adam bila adam dpt adik nanti. hehe...so sbb tu la kami cuma hadiahkan adam sebuah bilik dan masih gunakan katil baby nye saje. so masa tgh blog walking..ternampak satu entry ni. dia pon tgh cari katil yg sesuai for her son. So meh la layan photo katil kanak2 yg cantik2 ni ek:

















So mana satu ek yg sesuai utk adam..klu nak suh adam buat pilihan sendiri rasanye dia blom pandai memilih kot. ermm..tp klu tanya abg sure dia suggest beli katil yg berbentuk CARS for anak bujang nye itu. so rasanye bg je la kuasa memilih pada abg kan since dia lelaki and lebih memahami jiwa anak nye itu. hehe..nanti klu dpt baby gurl..time aku plak buat pilihan..yeay!