Thursday, August 19, 2010

Back to normal hours!

Yaaa! Atlast habis jugak penderitaan on-call ini. almost 2 weeks x cukup tido. erm..blk ni nak qadaq tido la..hehe..kalau x di kacau oleh adam..hehe. Adam sekarang ni manja sgt. xleh gerak ibu n abah. klu jatuh skit je..dia buat2 nangis..memula tu memang la cute..tp skrang aduh..rasa mcm ee..ngengadanye..haha. This weekend rasa mcm nak gi window shopping je. setelah 2 minggu berperap je x gi mana2 sebab on-call, so time utk release tens..haha.

Hari ni hari ke 10 kita berpuasa..kejap je kan. ermm..next week nak blk penang. nak berbuka kat penang plak. baju raya adam pon x beli lg. tema raya pon blom decide..hahaha..ni sume gara2 sibuk keje..and keje..and keje. kan best kalau boleh duduk rumah je, jaga anak..ermm..kemas n hias rumah, tp ada byk duit..wakaka..i loike. maksudnye kena jd org kaya la..ahahaha..erh merapu2 plak. dah la..ape yg ada pada duit kan.

Nak berbuka ape ek hari ni..rasa mcm malas je nak masak. nak mkn luar..pon malas..aduh..rasa mcm nak blk and tido je ni. kat ofis pon sunyi je hari ni..ramai yang "work from home". nak blk skrang rasa mcm malas..tunggu gak la kul 4 ptg.

Ni nak share dgn korg..baru dpt email pagi td gambar ni..hehe..it is true!


Monday, August 16, 2010

New good info for breastfeed mummy

Td saje-saje view blog2 yg ada and tiba2 dapat baca satu post yg sgt berguna buat saya sekarang...bila anak mula menggigit.. http://ezurin.blogspot.com/2010/08/bila-anak-mula-mengigit.html



memang adam sekrang ni kuat meng 'test' gigi2 nye yg tajam itu. selalu nye dia akan menggigit bila awal2 penyusuan and waktu siang. ada sekali tu adam saje2 gigit sebab dia ingat saya bergurau dgn nye sebab saya menjerit..aduhai adam..adam. end up sekrang ni..no breastfeed di siang hari. saya hanya memberi susu badan pada adam di mlm hari sahaja sebab masa tu adam memang inginkan sgt susu utk tido. and dia tidak akan menggigit..hehe..ni sedikit info yg saya dapat dari blog ezurin..which is perlu sy praktikan..:

"Mengenai masalah bayi mula menggigit terdapat pelbagai sebab mengapa bayi suka menggigit puting ibunya":

1.Terdapat sesetengah bayi yang menggigit apabila dia telah terlena semasa penyusuan dan apabila tersentak atau terkejut secara tiba-tiba dia akan menggigit puting ibunya. Ini berlaku tanpa dia sendiri menyedarinya dan adalah tindakan refleks bayi kerana takut kehilangan puting ibunya. Jika ini yang berlaku, apabila bayi telah mula lena, segeralah lepaskan puting dari mulutnya dan biarkan dia lena sendiri tanpa puting ibu di dalam mulutnya. (saya sendiri sering mengalami keadaan sebegini, kerana sering tertidur semasa menyusu sampai tak sedar bayi telah lena). Jika bayi sedang menggigit, lepaskan perlahan-lahan gigitan itu dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi secara perlahan-lahan untuk memisahkan gigi dan puting.

2.Terdapat juga bayi yang menggigit kerana berasa gatal gusi dan ingin menghilangkan rasa gatal ini dengan menggigit sebarang objek termasuk puting ibunya. Biasanya dia akan mula menggigit pada awal penyusuan. Terdapat petua iaitu dengan membawa bayi lebih dekat kepada ibu seperti menyusukan bayi baru lahir boleh menyelesaikan masalah menggigit. Tetapi jika tidak berkesan, cuba pisahkan puting dari mulut bayi seperti teknik di atas sambil membisikkan kepada bayi yang perbuatannya boleh menyakitkan ibu. InsyaAllah, walaupun bayi masih kecil, dia boleh memahaminya. Ini juga akan melatih ibu dan anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

3.Kadangkala bayi menggigit kerana merasakan pengeluaran susu lebih sedikit dari biasa dan dia merasa tidak puas. Jika ini berlaku, periksa rutin ibu. Pengeluaran susu yang sedikit boleh terjadi atas banyak faktor. Antaranya, ibu mula menggunakan pil perancang, bayi mula menghisap lebih banyak botol dari ibunya sendiri, atau ibu telah mengandung semula. Pastikan sebabnya dan cuba atasi satu persatu.

Pada hakikatnya, setiap perkembangan bayi ini, akan menyebabkan kita cuba mengenali sikap bayi itu. Setiap bayi adalah unik dan apa yang diceritakan diatas adalah sebahagian dari pengalaman ibu-ibu yang telah sudah. Mungkin bayi anda berbeza dan cuba kenali sifat bayi anda dan cuba atasinya dengan penuh kasih sayang.

And smlm my hubby cerita..masa dia tgh main2 dgn adam and nak ambil barang pada tangan adam..adam marah and terus gigit tangan abah dia..hahaha..adam dah pandai gigit org pulak ni..aduhai..mesti blajar ngan abg2 kat nursery ni..mcm-mcm la adam ni. hehe..

tp mcm mana nak bg baby confident berjalan bila pakai kasut ek..sebab kalau bawah adam jln2 kat luar sambil pakai kasut dia jd xde confident and nak pegang tangan ibu..anyone could share their experience with me..please


and satu lagi info:
:::kurma memang antara makanan yang dapat menambahkan susu badan di samping dapat membekalkan tenaga untuk kita sebagai ibu yang masih menyusukan anak...

and ada resipe best yg boleh di kongsi dgn uols..hehe.."ICE BLENDED KURMA"..mcm nyummy..nyummy..kan.



Cara-caranye:
1.10 - 15 biji kurma yang dibuang biji (ikut la, kalau rasa tak nak manis sangat, boleh kurangkan kurma tu)
2.1 cawan fresh milk
3.4-5 ketul ais (kalau sesiapa yang masih lagi berpantang minum ais, tak perlu la letak ais ni ye)
4.blend ketiga2 diatas
5.dah siap boleh simpan di dalam peti sejuk
6.sesuai diminum ketika berbuka atau pun ketika sahur

nampak mcm best kan..so mari la mencuba..hehe..rasanye x semestiny ibu menyusu je boleh minum ni..anak2 pon pasti suka..betul tak..hehe

Thursday, August 12, 2010

3rd day puasa di bulan ramadhan!

Sungguh bz daku pada minggu ini..sampai nak tulis entry mengenai puasa..bersahur and berbuka pon dah tak sempat. ke 'bzz' an ku ini akan berlarutan sehingga minggu hadapan..adoi..dugaan bulan puasa betul, tiba2 kena pegang oncall plak waktu2 mcm ni. dah la tgh excited ni maklom la 1st berbuka puasa and bersahur hanya bertiga bersama suami tercinta dan anak tersayang. Tahun lepas dlm bulan puasa aku terpaksa berpantang di penang. so x rasa nikmat sgt bulan ramadhan sebab sibuk2 and excited dgn kelahiran anak kesayangan. Masa 1st day sahur tu..aku bangun se awal jam 4.30, erm sempat masak nasi, satu lauk (kari telur) dan sayur...and x lupa telur masin permintaan suami. then dlm pukul 10 perut ku rasa sakit..sakit di bahagian ulu hati..maybe terkejut kot..selalu ada je aku mkn oats or roti2 pagi2..tp hari ni x mkn ape2. tp kejap je..lepas jalan2 skit..hilang la sakit tu.

1st day berbuka aku masak merah ayam berempah..sedap gak sebab bubuh kari skit..try resepi dlm internet..hahaha..ayam dia harum sgt..so ada la dlm 2 ketul ditinggalkan x campur dlm sos nye..sebab bau ayam tu je dah sangat menyelerakan..bau semerbak satu rumah tu..hehe..and masak sahur kacang botol goreng. nyum, nyum..siap kena puji sebab x pernah masak ayam berempah and sos ni..hehe. Hari kedua berbuka aku masak ikan singgang dan sayur togeh campur sawi. dan hari ini 3rd day puasa pagi2 husband dah request masak bihun sup. ok la..akan ku usaha kan..ermm..rasanye mcm nak try recipe baru dlm internet gak je..hehe..nanti aku gobek2. adam plak sepanjang kami berbuka dia turut sama di meja makan..mula2 makan roti..pastu bila dah azan baru kami suapkan bubur..hahaha..

selepas berbuka, kami solat jemaah..adam pon sama..tp kalut la jln depan org..dok pegang and berdiri..pastu siap tertonggeng2..hehe..konon mengikut org solat la agaknye. tp smlm paling best dia pon angkat and tadah tangan. uhh,,surprise ibu tgk. good boy la adam ni. abah nye excited sebab dah beli kopiah baru sama ngan adam walaupun kopiah tuk adam tu besar skit..hehe.




Then after magrib baru abah gi tarawikh. ibu nak ikut and bawak adam, tp abah kata ramai org..takut adam buat perangai plak. so abah kata nanti bila dah tgh2 ramadhan mesti x ramai..so masa tu bleh ikut. so kami pon tgl berdua di rumah..penat ibu layan adam main..tp semenjak gi school ni adam cepat letih and ngantuk..dlm kul 9 dah tido. so boleh la ibu menunaikan solat tarawikh..walaupon secara sorg2. ermm..ok la jom kita cari recipe utk menu berbuka hari ini..!

Tuesday, August 10, 2010

Juaimurah Got Ball Facebook Contest WINNERS...!

1st of all thanks a lots to all yg sudi vote Adam!...x sangka pulak adam menang..walaupun dapat Consolation prize aje.. xpe la jadi la tu kan..hehe

Happy pulak ibu bila dapat msg dari penganjur baru kejap ni. sebenarnye winner dah di umumkan 9 august lg..di sebabkan ibu terlalu la bzzz..sampai x dpt tido ..so xde masa ibu nak check blogs and FB or email sume. ermm..stress jugak minggu ni..sampai gaduh2 dgn team lead. tapi nak buat macam mana dah di namakan keje..dapat gaji..so kena la buat keje..walaupun gaji kecik..hehe..xpe2..rezeki sume tu. moga Allah tambahkan rezeki buatku sekeluarga. Rezeki adam 1st ramadhan and dapat hadiah plak tu..sayang adam!

Congrats Adam..ibu happy sgt..nanti ibu beli hadiah tuk adam ek!

ni la gambar adam got ball dlm contest tu:



Thanks juga pada JUAIMURAH for the contest.

Salam Ramdhan!

Ramadhan datang lagi..selamat berpuasa buat seluruh umat islam di dunia ini. Moga kita sama-sama di permudahkan dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Hari ni hari pertama berpuasa (1st Ramadhan), malam td 1st tarawikh. ermm pagi td seperti biasa..1st sahur, hehe semangat gak aku bangun pukul 4 pagi..masak-masak..haha..walaupun adam bangun nak susu..terpaksa la aku stop masak kejap and susukan adam.
petang ni 1st berbuka..ermm..juadah ape nak masak ye..haha..dah terpikir nak masak ape plak..baru pukul 2..hehe..

Maklom la..over excited skit sebab last year dapat puasa 1 hari je..sebab kena berpantang..thn ni harapan nye moga dapat la berpuasa sebulan..ahaks..doa skali moga2 pregnant baby kedua..hehe..so leh puasa sebulan kan..

ok la..jom kita pikir2 kan nak masak ape petang ini..ermm..rasa mcm nak makan ayam masak merah la..masak sos..usihh...best..best..jom layan gambar ayam masak merah ni..sodap!

Wednesday, August 4, 2010

5 August 2010 --> Adam is one years old today! yeayyy!!



Hari ini genap la setahun umur anakku..adam. Happy nye rasanye bila tgk anak membesar dgn sehat
and pejam celik adam dah pon setahun usianye. so walaupun birthday party adam telah pun di buat sabtu lepas..terlebih awal
sebab atas permintaan nanny adam supaya party birthday adam di awalkan coz nanny kena gi sabah. ok la..so buat gak la awal kan..hehe
. But the real one is..today. today adalah birthday adam, so ibu decided to buy some cakes..yg comey ini. and three of us(abah, ibu and adam)
celebrate together..tiup lilin by adam himself. haha..kelakar..besar dah anak ibu. ermm..suddenly teringat sethn yg lalu..di mana bermula nye detik
-detik dimana gelaran ibu kusandang. saat-saat adam di lahirkan ke dunia. aduh..rasanye baru je smlm melahirkan adam..haha..

31july 2009 - aku celebrate birthday ku yg ke 29
2August 2009 - suami ku mengajakku ke batu feringgi..konon nak celebrate birthday la..hehe..ni la tempat kami berdating dulu sebelum kawin..hahaha...then blk je rumah..terus rasa penat sgt dan kaki tetiba bengkak.
ibu mertua ku suruh baring and tinggikan kaki. ku turut...
3August 2009 - pergi K.S Wan in BM..for medical check up utk pregnant minggu yg ke-36.
4August 2009 - pagi tu happy lagi..siap chatting ngan member tanya pengalaman bersalin..hehe..tup2 tghari rasa mcm sengal2..
then trus jln slow2 gi toilet..tetiba sakit makin menjadi2..stuck..sakit sgt bila nak jln..so aku pon baring and ibu mertuaku cuba mengusap2 perut.
nampak memang dah cekang and aku sudah merasai contraction..skit la tp..x sakit..cuma sakit bila nak jln..langsung x leh jln.
so dgn cemas..adik iparku menelefon suamiku and aku dipapah ke hospital specialist maternity BM..bermula la episod dup dap..dup dap..
setibanye di hospital, mak bidan menyuruh ku menukar pakaian..dgn kesakitan dan slow2 aku turut.. aku ditempatkan di bilik bersalin.
sebelah katilku berderet ibu2 yg menunggu saat2 melahirkan bayi mereka..ada sorg india ni aduhai..menangis meraung la plak..siap kena marah dgn nurse..hehehe
sampai pukul 9mlm..still pembukaan tak buka..so doktor suggest aku untuk bermalam di wad hingga besok. aku di tolak ke wad.
4August 2009 - pagi2 doktor dah masuk blk and check ..ermm..still x buka. then aku di tolak ke blk bersalin memandangkan contraction baby dah makin strong.
and doktor bgtau in my condition ni..kepala baby dah kebawah tp pembukaan x bukak lg..dgn sakit lagi..doktor x jamin aku boleh bersalin normal and doktor nasihatkan
bedah saja sebab takut baby x cukup ocxigen..so ku turut..aku di suruh berpuasa..dan makan ubat..then doktor ckp dlm 1 lebih operation akan dijlnkan.
perasaanku sgt la..aduh..tak tau nak habaq..ye la..1st time masuk bilik bedah. tp nasib baik la.husband sentiasa menemainiku..thanks to by luv hubby..
mak bidan kan cni pon baik2..siap ceritakan pengalaman diorg..so aku kuat la skit..hehe
tepat pukul 1.45pm aku di tolak masuk ke bilik pembedahan..uwaaaaaaaaaaaa...takut..masa ni husband xleh masuk..lg la aku rasa mcm nak nangis..
sesorg je dlm bilik bedah..nasib baik mak bidan td ada..so aku cool skit. lepas di beri ubat bius(separuh badan)
aku pon dibaringkan..dan doktor pon menjalankan tugasnye..errmmm..mak bidan tetap menemaniku..sedar x sedar..kejap je..rasanye..baby dah kuar..tetiba dgr baby nangis..
pastu mak bidan tunjuk adam kepadaku..adam sempat bukak mata and say hi to his mommy..uwaaa..terharunye..tetiba rasa sebak ni la perasaaan seorg ibu.
mak bidan ni pon ckp eh pandainye baby ni bukak mata tgk ibu dia..pastu tutup blk..uishh..ni memang perasaan yg x dpt ku lupakan :).
lepas tu aku menggigil kesejukan selepas operate..yg aku ingat semua sanak saudara mengerumuniku..lepas tu aku di tempatkan ke wad semula.

Adam..lahir dgn mudah..walaupun ibu terpaksa di operate..x kisahlah..yg penting anak ibu selamat..
sethn dah berlalu..dan aku amat bahagia dgn kurniaan Allah ini kepadaku.
and sekarang aku sudah bersedia utk baby kedua..hahaha..on process..insyaallah kalau diizinkan Allah..anak itu rezeki
dan ia adalah kehendak Allah untuk memberikan kepada kita..


Monday, August 2, 2010

Purple flowers..

Saja nak share ngan uolls..purple flowers ni..makin hari makin byk plak bunga nye..and pagi ni I'm very excited..bunga dia tambah lg dua kuntum. imagine masa beli kat cameron 2 bulan lepas bunga dia 2 kuntum je and after 1 weeks bunga dia gugur..and ingat dah xleh bunga since daun dia pon mcm dah terbakar..sebab x slalu siram hahaha..kekadang klu blk kg lansung x siram 2-3hari..tp pokok bunga ni strong..x mampus trus..and sejak seminggu lepas dia tetiba berbunga and bertambah bunga nye..syoknye tgk..
and bunga ni telah mencantikan lagi balkoni garden saya...yeay..happy nye.. :)

ni mcm lagi semangat nak menanam bunga ni..hahaha..





1st birthday party for my son Adam Hafiey

Last saturday, 31 July..actually is my 30th birthday and I'm celebrate my son 1st birthday on this day. Adam plak happy sgt sebab ramai kawan2..sampai kena paksa tido pon xmo tido..Adam 1st time tgk cakes with candle..hehe..nampak terperanjat gak dia..tp excited...happy birthday to adam...
preparation party pon berjalan lancar..nanny adam buat pulut kuning for party adam and rendang skali..nyummy2..menu lain seperti mee kari, bihun goreng..nuget..fries..kuih karipap..kuih apam..kuih manis..cupcakes..and mcm2 lagi.. goddies bag for party adam pon di buat mlm seblm party sampai pukul 1.30 pagi..hehe..seb baik ada anak buah kesayangan tlg masukkan all the jajan..haha..


ermm..Happy sgt..ramai juga kawan2 yg hadir. and the best part..my kawan2 lama juga dtg..ada yg berthn2 x jumpa..pon sanggup dtg. thanks u all..love u all. tetamu dtg daru pukul 11 sampai la mlm pukul 8 lebih..hahah..penat gak..tp enjoys sgt. riu rendah dibuatnye..maklom la jumpa sahabat2 lama..tambah plak dgn gelagat anak masing2..haha..kelakar.. adam pon sama join..hehe






Thanks uoll..for coming memeriahkan lg birthday party adam..:)